Skip to main content

Hiburan

Individu Label Sweet Qismina Sebagai Peramah, Ikhlas Layan Budak-Budak - “Aku Doakan Dia Ada Cahaya Mata”

Sweet Qismina

Sekilas

  • Seorang individu berkongsi pengalaman manis bertemu Sweet Qismina yang sangat peramah dan ikhlas melayan anak-anaknya bermain dengan arnab di taman haiwan.
  • Sweet Qismina dipuji kerana sikap rendah diri, soft spoken, dan tiada gosip, membuatkan dia disenangi ramai.
  • Netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman positif mereka berjumpa dengan pelakon tersebut di ruangan komen Threads.

H: Individu Label Sweet Qismina Sebagai Peramah, Ikhlas Layan Budak-Budak - “Aku Doakan Dia Ada Cahaya Mata”

Sejak kebelakangan ini, tular di aplikasi Threads satu trend di mana warganet berkongsi pengalaman mereka yang berhadapan dengan selebriti yang tidak sombong dan peramah.

Antara selebriti yang dipuji tidak lekang senyuman serta sering merendah diri adalah seperti Nabila Huda, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

Terbaharu, seorang individu yang dikenali sebagai m.rafiqxsr tampil berkongsi sisi baik ketika dirinya bertemu dengan pelakon, Sweet Qismina.

Menerusi ciapan yang dibuat, individu tersebut meluahkan rasa terharu melihat cara Sweet Qismina melayan karenah anak-anaknya bermain dengan arnab di sebuah taman haiwan.

“Sweet Qismina antara artis yang baik sebab layankan anak-anak aku main dengan arnab.

“Dia memang baik dan nampak betul-betul minat pada budak-budak,” kongsinya.

Individu tersebut turut menitipkan doa agar Sweet Qismina dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.

“Aku doakan dia ada cahaya mata juga. Pandai berlakon, soft spoken, tak ada gosip. Dia memang tak sombong,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan hantaran individu tersebut.

Malah, mereka juga berkongsi pengalaman mereka ketika berjumpa dengan Sweet yang disifatkan sebagai seorang selebriti yang sangat merendah diri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement