Skip to main content

Selebriti

Ibu Syed Saddiq Kongsi Sikap Bakal Menantu, Syukur Lihat Bella Serasi Dengan Anak - “Apa Yang Saddiq Suka, Dia Pun Sama-Sama Ceburi…”

Ibu Saddiq puji Bella

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, meluahkan rasa syukur melihat keserasian anaknya dengan bakal menantu, pelakon Bella Astillah.
  • Sharifah Mahani memuji sikap Bella yang mudah menyesuaikan diri dan berkongsi minat sukan bersama Syed Saddiq.
  • Bella Astillah baru-baru ini mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq selepas berpisah kali kedua dengan bekas suaminya, Aliff Aziz.

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur melihat keserasian antara anak bersama bakal menantunya iaitu pelakon, Bella Astillah.

Menurut Sharifah Mahani, Bella merupakan anak yang baik dan mudah menyesuaikan diri dalam keluarga.

“Bella seorang anak yang baik, dia mendengar kata bukan sahaja dari ibu dan ayah dia, juga dari pihak keluarga dia cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah,” ujarnya menerusi video temu bual yang dikongsi di Instagram ERA.Je

Mengulas lanjut mengenai keperibadian bakal menantunya, Sharifah Mahani menyifatkan antara keistimewaan Bella adalah keserasian yang terjalin bersama anaknya, termasuk minat yang dikongsi dalam bidang sukan.

“Dia boleh persefahaman dia bersama dengan Saddiq, dia juga minat dalam bidang sukan dan apa yang Saddiq sukai dia pun sama-sama ceburi.

“Jadi dari situ tahu Saddiq bukan keseorangan. Saddiq ada teman untuk bersama-sama,” kongsinya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Sharifah Mahani juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.

 

“Untuk mereka berdua harapan dari seorang ibu, mudah mudahan anakku Bella yang disayangi, kedua dua mereka akan dapat Allah permudahkan perjalanan hidup mereka dan kemudian sampai ke Jannah.

“Mudah mudahan apa yang dihajati, cita-cita mereka dimakbulkan Allah, doa sentiasa diiringi,” ujarnya.

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada petang Sabtu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.


 

Anda mungkin berminat dengan

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement