Skip to main content

Selebriti

Ibu Mentua Nubhan Nafi Tuntut RM5 Juta Daripada Menantu, Bakal Ambil Tindakan! - “Saya Tak Akan Berdiam Diri Apabila Maruah Kami Dipermainkan”

Ibu Mentua Nubhan Nafi Tuntut RM5 Juta Daripada Menantu, Bakal Ambil Tindakan!

Ringkasan AI

  • Ibu mentua penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin, menafikan dakwaan menuntut RM5 juta jika anaknya diceraikan.
  • Zailah berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan mencemarkan nama baik keluarganya.
  • Beliau melantik peguam untuk meneliti kenyataan berunsur fitnah dan mengenal pasti langkah undang-undang yang sesuai.
  • Zailah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan positif sepanjang kemelut rumah tangga anaknya berlangsung.
  • Kes pengesahan lafaz cerai Nubhan dan Dr. Afifah akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember ini.

Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin menegaskan tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan. 

Menurut Zailah, 62, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan mencemarkan nama baik keluarganya.

Malah, Zailah yang juga bekas pensyarah meluahkan rasa terkilan apabila nama keluarganya diaibkan menerusi pelbagai tohmahan di media sosial.

“Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka. 

"Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar,” katanya.

Tegas Zailah lagi, dia juga sudah melantik peguam bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran yang berunsur fitnah serta mengenal pasti langkah undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu.

Zailah berkata tindakan itu diambil bagi melindungi maruah dirinya serta keluarga terutama ketika mereka sedang melalui ujian peribadi.

“Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah. 

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zailah sudah tidak mampu berdiam diri selepas pihak tertentu didakwa sengaja mahu memalukan dan menginjak maruah keluarganya.

“Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.

“Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus menyebarkan fitnah, saya mohon hentikanlah penyebaran cerita yang tidak pasti kebenarannya. 

"Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan,” jelasnya.

Selain itu, Zailah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif sepanjang anak sulungnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menghadapi kemelut rumah tangga dengan Nubhan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui,” katanya.

Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.

Namun, ketika kes di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.

Sumber: mStar Online

Must-Watch Video

Advertisement