Penyanyi, Hafiz Suip memaklumkan ibunya, Halizawati Salleh, 62, meninggal dunia.
Hafiz berkongsi berita duka itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya pada Isnin.
“Innalillahiwainailaihirojiun..hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
Untuk rekod, Allahyarham Halizawati sebelum ini menghidap penyakit diabetes kronik hingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut.
Hafiz sebelum ini memaklumkan sudah berpindah ke Kuching, Sarawak bagi menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.