Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Qadejah El Zahra menafikan dakwaan netizen bahawa dia dan bintang Talk To My Manager iaitu Audrra bermasam muka.
Menerusi satu perkongsian video pendek yang tular di TikTok, kelihatan Qadejah atau lebih mesra dengan panggilan Cess dalam perjalanan untuk bertemu Auddra di belakang pentas.
Advertisement
Malah video itu turut merakamkan gelajat kedua dua remaja itu berpelukan gembira sekaligus membuktikan bahawa kedua-dua tidak mempunyai masalah seperti yang didakwa netizen.
“Saya boleh mengesahkan yang saya dan Oddah tidak bergaduh, kami adalah kawan,” kata Cess.
Bersetuju dengan kenyataan Cess. Odda Oddah yang juga merupakan anak kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkata tidak perlu bergaduh hanya disebabkan lelaki.
“Kami berdua kawan, kami tak gaduh. Kenapa nak gaduh pasal lelaki, peliknya kami masih muda. Kenapa kami nak rasa marah pada kawan sendiri,” katanya.
Alhamdulillah..indah nya sebuah persahabatan
Terdahulu, terdapat spekulasi mengatakan hubungan mereka tidak begitu baik selepas Oddah didakwa memerli Cess selepas berlakon bersama sahabatnya iaitu Hadie.
Cess dan Hadie berlakon bagi mempromosikan resort milik bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Sugeh Resort Janda Baik.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial.