Skip to main content

Hollywood

Hubungan Makin Buruk, David, Victoria Beckham Berhenti ‘Ikut’ Anak Di Media Sosial

beckham

Sekilas

  • David dan Victoria Beckham kini tidak lagi mengikuti akaun Instagram Brooklyn dan isteri, Nicola Peltz, selepas hubungan mereka dikatakan tegang sejak perkahwinan pasangan itu pada 2022.
  • Brooklyn dan Nicola juga tidak mengikuti akaun Instagram kedua ibu bapa Beckham, menunjukkan ketegangan dalam hubungan keluarga mereka.
  • David Beckham menyambut ulang tahun ke-50 bersama keluarga kecuali Brooklyn dan Nicola, menandakan jurang yang semakin melebar dalam keluarga Beckham.

Meski David mahupun Victoria Beckham tidak pernah memberi kenyataan tentang spekulasi hubungan dengan anak sulung mereka, Brooklyn Peltz dalam keadaan tidak baik selepas berkahwin dengan Nicola Peltz, namun satu persatu ‘bukti’ terkuak sendiri.

Terkini, pasangan suami isteri tersohor itu didapati tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik Brooklyn dan Nicola, lapor People.

Brooklyn juga didapati tidak menjadi pengikut kedua ibu bapanya di laman sosial sama seperti sebelum ini. Turut berbuat demikian adalah Nicola.

Beckham, 50, dan Victoria, 51, bagaimanapun masih mengikuti akaun dua anak lelaki mereka iaitu Romeo dan Cruz Beckham. Sementara anak perempuan mereka, Harper Beckham tidak mempunyai akaun Instagram.

Perseteruan dalam keluarga ini didakwa bermula sewaktu majlis perkahwinan Brooklyn dan Nicola pada tahun 2022. Sejak itu hubungan di antara anak dan kedua ibu bapanya menjadi semakin buruk.

Malah pada Mei lalu, Beckham dilihat menyambut ulang tahun ke-50 bersama seluruh keluarga kecuali Brooklyn dan Nicola.

Must-Watch Video

Advertisement