Skip to main content

Hiburan

Helmet Pink & Purple Dalam Malaikat Malam Jadi Rebutan - “Penangan… Habis 8 Cawangan Kena Serbu”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam kini jadi fenomena dengan penonton teruja mengenang dunia permotoran dan jalan ceritanya yang kuat.
  • Helmet warna pastel seperti pink dan ungu yang dipakai Syafiq Kyle dan Tracie Sinisol dalam filem ini menjadi trend dan laris di kedai aksesori motor FT Garage.
  • Filem arahan Nazifdin Nasrudin menampilkan lakonan berani Syafiq Kyle sebagai pelumba jalanan, dengan tiket sudah boleh dibeli di pawagam seluruh negara.

Filem Malaikat Malam terus menjadi fenomena dan sebutan dalam kalangan penonton yang menyifatkan filem itu mengimbau kembali kenangan mereka untuk menonton filem berlatarbelakangkan dunia permotoran.

Terbaharu, penangan filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks itu bukan sahaja memberi impak dari segi jalan cerita, malah dilihat mencetuskan trend secara tidak langsung dalam kalangan penonton,

Menerusi hantaran dibuat di sebuah kedai aksesori motor iaitu FT Garage, helmet berwarna pastel seperti pink dan ungu yang digunakan pelakon, Syafiq Kyle dan Tracie Sinisol dalam filem berkenaan kini menjadi buruan.

“‘Malaikat Malam’ punya penangan habis 8 cawangan kena serbu,” tulisnya.

Selain warna ungu dan pink, terdapat beberapa lagi warna lain yang menjadi pilihan ramai.

Lebih menarik, helmet tersebut juga ditawarkan dalam beberapa saiz sekali gus memberi banyak pilihan kepada pembeli.

Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa betapa kuatnya pengaruh filem Malaikat Malam kepada penonton.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios. 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

Must Watch Video

Advertisement