Skip to main content

Selebriti

Heliza Helmi Cadang Kisah Palestin Masuk Silibus Mata Pelajaran Sekolah - “Saya Harap Selepas Ini Pembelajaran Anak-Anak Kita…”

Heliza Helmi Cadang Kisah Palestin Masuk Silibus Mata Pelajaran Sekolah

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dimasukkan ke dalam silibus pelajaran sekolah di Malaysia sebagai usaha meningkatkan kesedaran sejak peringkat awal.

Menurut Heliza, ia bertujuan untuk membuka mata masyarakat mengenai penderitaan dilalui saudara sesama Islam di negara itu.

Advertisement

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Malaysia kerana bersama mengangkat isu Palestin.

“Saya berharap selepas ini dalam silibus pembelajaran anak-anak kita masukkan kisah tentang Palestin,” ujarnya.

Heliza berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.

Tampil bersama Heliza ketika di pentas ialah adiknya, Hazwani Helmi dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee.

Melalui pidato itu juga, Heliza turut berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka berhadapan dengan tentera Israel ketika ditahan dan ‘diculik’ selama tiga hari dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza turut menampilkan pemidato lain yang tediri daripada aktivis GSF Malaysia antaranya Zizi Kirana, Ardell Aryana, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat) Muhamad Abdullah (Ustaz Mad Kecik) dan Nadir Al-Nuri.

Acara bersejarah itu disaksikan Perdana Menteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.

Must-Watch Video

Advertisement