Sekilas
- Haqiem Stopa menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan meminta orang ramai berhenti membuat andaian sendiri.
- Haqiem memohon ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga secara peribadi bersama isteri dan keluarga.
- Isu rumah tangga Haqiem dan isterinya menjadi perhatian selepas tuduhan curang dan perasaan ditinggalkan semasa berpantang.
Personaliti media sosial, Haqiem Stopa memohon orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.
Dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik menerusi media sosial miliknya, Haqiem menegaskan tujuan kenyataan itu dibuat adalah untuk menghentikan spekulasi serta fitnah yang semakin melampau.
“Assalamualaikum,sedikit kenyataan tentang isu yang berlaku, pertama saya tidak check in, kedua saya tidak duduk berduaan.
“Saya membuat kenyataan ini untuk menghentikan tuduhan yang melampau terhadap saya. Biarkan saya selesaikan secara peribadi bersama keluarga.
“Tidak perlu saya menceritakan, menjelaskan, memberi alasan di sini kerana ini hal peribadi, saya minta korang semua berhenti membuat tuduhan dan andaian sndiri. Terima kasih,” tegasnya.
Dalam hantaran yang sama, Haqiem turut memohon ruang agar dia dan isterinya dapat menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku itu secara baik.
“Saya minta beri ruang untuk kami selesaikan secara peribadi, kami masih suami isteri, berhati-hati bila komen.
“Jangan sampai melebihi batas dan merendahkan isteri dan anak saya sperti beberapa akaun palsu yang tular,” tulisnya.


Terdahulu, kemelut rumah tangga pempengaruh Haqiem Stopa dan isterinya, Jane, atau nama sebenarnya, Aireena Sofia Zakaria menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu.
Ia mula menjadi perbualan hangat netizen apabila isteri Haqiem, Jane mendakwa suaminya berlaku curang dengan gadis berusia 18 tahun.
Sehingga kini, Haqiem memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan isterinya dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai rumah tangganya.
Sebelum ini, Aireena juga mendedahkan dia menyimpan perasaan sejak ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka iaitu Hud pada 19 Ogos lalu.