Skip to main content

Berita Tempatan

Happening! Artis, Media Berentap Lawan Pickleball... Berebut Hadiah RM10,000

pickle

Sekilas

  • Amber menganjurkan acara eksklusif Amber Allstar Picklebash pada 4 Disember yang menggabungkan artis, pengurus, dan media dalam suasana santai dan penuh semangat.
  • Acara ini menonjolkan sukan pickleball sebagai platform interaksi mesra tanpa formaliti, dengan penyertaan selebriti popular seperti Nora Danish dan Fattah Amin.
  • Pasukan Amir Hamzah dan Iman muncul juara dengan hadiah RM10,000, manakala Amber berhasrat untuk terus menganjurkan acara komuniti yang lebih besar pada masa depan.

Jenama gaya hidup dan kecantikan terkenal, Amber, sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membina komuniti yang kuat apabila menganjurkan acara eksklusif Amber Allstar Picklebash pada 4 Disember lalu. 

Dihimpunkan dalam suasana santai namun penuh energi, program ini menjadi titik pertemuan artis, pengurus artis dan rakan media yang sentiasa menjadi nadi penggerak kepada perjalanan jenama tersebut.

Mengangkat sukan pickleball yang kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, Amber Allstar Picklebash bukan sekadar acara sukan tetapi menjadi medan apresiasi, hiburan dan kolaborasi yang menyatukan pelbagai figura industri dalam satu gelanggang.

Barisan duta selebriti Amber seperti Nora Danish, Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah tampil memeriahkan acara, sambil menunjukkan sisi sporty mereka yang jarang disaksikan peminat. 

Turut mencuri perhatian ialah kemunculan Zoey Rahman, Tam Suhaimi, Lah Ahmad, Ajai, Izuan Mokhtar, Fizi Ali dan ramai lagi, menjadikan malam itu sarat dengan momen ceria dan gelak tawa.

Walaupun perlawanan bersifat santai, semangat kesukanan yang ditonjolkan membuatkan acara berlangsung meriah, penuh sorakan dan spontaniti yang menghiburkan. Pertemuan antara selebriti dan rakan media di gelanggang pickleball membuka ruang interaksi yang lebih natural, tanpa protokol dan tanpa batasan formaliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan menjelaskan bahawa penganjuran Amber Allstar Picklebash adalah tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa mendukung perjalanan jenama itu.

“Amber bukan sekadar jenama, ia adalah komuniti. Apa yang kami capai hari ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan rakan media, pengurus artis dan para selebriti yang menjadi wajah Amber. Melalui acara ini, kami mahu meraikan mereka dalam suasana yang sihat, ceria dan penuh makna,” katanya.

Beliau menambah bahawa pendekatan berasaskan sukan membolehkan semua pihak berinteraksi dengan lebih mesra, jauh daripada formaliti acara glamor.

“Sukan seperti pickleball memberi peluang kepada semua untuk berhubung secara santai. Ia selari dengan identiti Amber yang menekankan kecergasan, keyakinan dan komuniti positif,” katanya lagi.

Amber Allstar Picklebash turut menyaksikan pertandingan penuh semangat antara beberapa pasukan. Pasukan Amir Hamzah dan Iman muncul juara dengan hadiah RM10,000 bersama medal dan set kelengkapan pickleball Amber. 

Tempat kedua dimenangi wakil media Nazrin (MStar) dan Shahrin (Oh Bulan) yang membawa pulang RM5,000, manakala tempat ketiga menjadi milik Nora Danish dan Mickey Ayo dengan hadiah RM3,000. Semua pasukan lain turut menerima medal dan set kelengkapan pickleball sebagai penghargaan.

Sebagai jenama yang konsisten mencipta ruang apresiasi, Amber optimis untuk meneruskan penganjuran acara komuniti berskala lebih besar pada masa akan datang, seiring visinya membina jaringan industri yang progresif, inklusif dan sentiasa dekat dengan hati peminat.

Must-Watch Video

Advertisement