Sekilas
- Azmi Saat berkongsi pengalaman lucu ketika pemandu e-hailing terkejut dan menekan brek apabila hampir sampai ke lobi rumahnya pada pukul 2 pagi.
- Pemandu tersebut terkejut kerana ternampak bilik jenazah yang terletak di kawasan perumahan Azmi.
- Perkongsian Azmi mendapat reaksi kelakar dan terhibur daripada netizen di media sosial.
Penyanyi, Azmi Saat sekali lagi mencuit hati pengikutnya apabila berkongsi pengalaman lucu ketika menaiki perkhidmatan e-hailing pulang ke rumah pada awal pagi.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Azmi menceritakan bagaimana pemandu e-hailing yang membawanya pulang sekitar pukul 2 pagi secara tiba-tiba terkejut sehingga menekan brek dan beristighfar sebaik sahaja menghampiri kawasan lobi kediamannya.
Menurut Azmi, dia pada mulanya turut terkejut melihat reaksi pemandu tersebut sebelum bertanyakan puncanya.
“Pernah satu hari tu saya balik rumah naik e-hailing pukul 2 pagi lebih kurang. Bila hampir sampai Lobby A tempat saya turun, pemandu itu terkejut sampai tertekan brake dan beristighfar.
“Saya sendiri pun terkejut bila dia begitu. Saya tanya dia kenapa. Rupanya dia terkejut bila ternampak bilik jenazah ni.
“Ya, di perumahan saya tinggal ni ada bilik jenazah. Pukul 2 pagi berhenti dekat dengan bilik jenazah, mahu tak terkejut dia.
“Kawasan perumahan kalian ada tak bilik jenazah ni?” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut.
“Patut bayar guna daun. bg dia demam seminggu.
“Patut nya abang jawab " eh mana? Saya tak nampak pun.
“Apsal laaa bang kelakar sgt dua tiga menjak ni...
“Azmi dan dark joke berpisah tiada. 🤭
“Patut Azmin cakap macam ni kat driver, tuan boleh nampak saya ke? 😁
“Macam tu je ko stevia stevia kan kitarang ya Mi???,” tulis netizen.