Skip to main content

Berita Tempatan

Hamil Bukan Alasan Ayda Jebat Potong Barisan Di Tempat Awam - "Kalau Kita Baik Dengan Orang, Orang Akan Baik Dengan Kita"

ayda-nabil

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat berkongsi pandangan mengenai sikap bertimbang rasa di tempat awam, terutamanya ketika menggunakan lif dan beratur.

Menerusi hantaran di Threads, Ayda berkongsi pengalaman membawa anak kecil ke pusat beli-belah.

Advertisement

Katanya, dia tidak pernah menganggap dirinya lebih layak diberi keutamaan hanya kerana membawa stroller atau anak kecil.

“Saya tak pernah rasa ‘aku ada anak, dorang mesti bagi aku naik lif’. Ramai je yang faham bila orang bawak anak kecil, boleh bagi masuk dulu.

"Tapi kalau ada yang tak nak bagi, kita chill je lah. Tak perlu buat muka atau marah. Kan keluar nak seronok. Maybe orang tu dah lama tunggu lif daripada kita," tulisnya.

Ayda menegaskan pentingnya sikap tenang dan memahami keadaan orang lain kerana setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza.

Dalam hantaran seterusnya, Ayda turut mendedahkan bahawa walaupun kini sedang hamil, dia tetap tidak pernah mengambil kesempatan untuk memotong barisan.

“Even sekarang tengah pregnant pun saya tak pernah terfikir nak potong que. Kadang terlupa yang diri ni pregnant. Sampai Nabil atau kawan remind, ‘kalau tak larat beratur bagitau’.

"Bagi saya, kalau kita baik dengan orang, insya-Allah orang pun akan baik dengan kita. Buat baik, yang baik akan datang balik kepada kita nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Ayda dan suami Nabil Mahir sentiasa bertimbang rasa dan peka dengan keadaan sekeliling termasuk akan segera beredar selepas makan bagi memberi peluang kepada pelanggan lain yang sedang menunggu.

“Selalu je kita kat kedai makan yang kena beratur panjang. Kalau kita dah habis makan, Nabil or me akan cepat-cepat makan, bayar dan chow sebab fikirkan orang lain yang tengah beratur nak makan.

"Ada je yang borak lama siap buka laptop. Itu pilihan masing-masing. Tapi bagi saya, kalau kita buat baik, tak rugi pun.

"Harap nanti bila kita tengah beratur, orang lain akan buat benda sama. Kalau tak nak beratur lama, tak payahlah makan situ. Senang," tambahnya.

Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen. Ayda juga kini sedang berbadan dua.

Must-Watch Video

Advertisement