Skip to main content

Hiburan

Hafreez Adam Kesal Sikap Segelintir Perokok Tidak Patuh Peraturan Di Kawasan Larangan - “Nak Masuk Tandas Pun Kena Tahan Nafas…”

Astro Gempak 397

Sekilas

  • Pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa kurang selesa dengan perokok yang merokok di kawasan larangan sehingga menyukarkan orang lain bernafas.
  • Hafreez berkongsi bahawa bau asap rokok di tempat awam seperti tandas boleh menjadi satu cabaran dan dia lebih memerlukan ilmu daripada asap rokok.
  • Ramai netizen bersetuju dengan pandangan Hafreez dan berkongsi pengalaman mereka yang tidak tahan dengan bau rokok dan vape sehingga menyebabkan migrain.

Pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa kurang selesa terhadap sikap segelintir perokok yang tidak mematuhi peraturan dengan merokok di kawasan larangan.
 

Menerusi perkongsian di Threads, Hafreez menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah ‘memaksa’ orang lain turut berada dalam situasi yang tidak selesa.
 

“Aku pun jenis hidup dalam dunia sendiri. Tapi perokok punya ‘dunia sendiri’ ini level lain. Dalam dunia dia, kita sekali dibawa masuk.

“Tempat tak boleh merokok pun tetap merokok. Kadang nak masuk tandas pun rasa macam satu perjuangan sebab kena tahan nafas daripada bau asap rokok.

“Perkongsian yang aku perlukan dalam hidup adalah ilmu, bukan asap,” katanya.

 

vbfdg

Bagaimanapun, Hafreez menegaskan kenyataan tersebut bukan ditujukan kepada semua perokok.

“Bukan semua,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pandangan sama, malah ada yang mengakui tidak tahan dengan bau rokok dan vape sehingga boleh menyebabkan migrain.

“Kita pun pantang sangat bau rokok atau vape, boleh migrain seharian. Seboleh-bolehnya elak masuk tandas awam sebab tak tahan bau.

“Saya pun tak tahan bau rokok, lagi-lagi yang kuat,” komen beberapa netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement