Skip to main content

Hiburan

Hafiz Suip Ketuai Solat Jenazah Ibu, Ajai Terbang Ke Sarawak Beri Semangat

Hafiz Suip

Ringkasan AI

  • Pada Isnin, penyanyi Hafiz Suip kehilangan ibunya, Allahyarham Halizawati Salleh.
  • Hafiz mengetuai solat jenazah ibunya di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma sebelum pengebumian.
  • Komposer terkenal Ajai hadir memberi penghormatan terakhir dan sokongan kepada Hafiz.
  • Video solat jenazah dan kehadiran Ajai mendapat perhatian dan pujian warganet.
  • Allahyarham Halizawati menghidap diabetes kronik dan Hafiz kini menetap di Kuching untuk menjaga ibu bapa uzurnya.

Pada Isnin, ketika dikejutkan dengan berita pemergiaan ibunda tercinta kepada penyanyi, Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh.

Terbaharu, tular video memaparkan Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip yang mengetuai solat jenazah arwah ibunya di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, sebelum dikebumikan.

Bukan itu sahaja, menerusi video yang dimuat naik Cats FM itu, dapat dilihat komposer terkenal iaitu Ajai hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah ibu Hafiz.

Hantaran tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat momen Hafiz mengimamkan solat jenazah arwah ibunya.

Bukan itu sahaja, warganet juga memuji Ajai yang dianggap sebagai sahabat sejati kerana sanggup terbang ke Sarawak dari Kuala Lumpur bagi memberi kata semangat buat Hafiz.

Hafiz SuipHafiz Suip

Untuk rekod, Allahyarham Halizawati sebelum ini menghidap penyakit diabetes kronik hingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut.

Hafiz sebelum ini memaklumkan sudah berpindah ke Kuching, Sarawak bagi menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

Sumber: TikTok Cats FM

Must-Watch Video

Advertisement