Skip to main content

Selebriti

Hafiz Suip Kembali Bergelar Suami, Selamat Bernikah Dengan Fiona

AstroGempak hafiz suip kahwin fiona

Sekilas

  • Penyanyi Hafiz Suip telah selamat berkahwin dengan wanita pilihannya, Fiona.
  • Berita perkahwinan ini diumumkan melalui hantaran di Instagram ERA.Je yang memaparkan video akad nikah Hafiz.
  • Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua anak, namun bercerai pada Mei tahun lalu.

Penyanyi, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram ERA.Je pada Jumaat.

Video tersebut merakamkan Hafiz yang menyarungkan busana serba putih itu sedang melafazkan akad.

“Tahniah Hafiz Suip dan pasangannya Fiona. Selamat pengantin baru, semaga kekal bahagia ke Jannah,” maklum kapsyen tersebut.

Sementara itu, diruangan komen, rata-rata netizen mengucap tahniah kepada Hafiz dan pasangannya.

 

 Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

 

Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang dan sah bercerai pada Mei tahun lalu. 


 

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement