Skip to main content

Selebriti

Gurauan Antara Lelaki, Kamal Adli Mohon Maaf Tarik Rambut Jurusolek - “Kami Luar & Dalam Kamera Memang Gurau Kasar Begitu”

AstroGempak kamal mohon maaf tarik rambut

Sekilas

  • Kamal Adli memohon maaf jika gurauan kasar bersama jurusolek Dek Yan menimbulkan rasa kurang senang netizen.
  • Kamal menjelaskan gurauan tersebut adalah perkara biasa antara mereka dan tidak bermaksud apa-apa.
  • Video tular menunjukkan Kamal menarik rambut Dek Yan sehingga jatuh, namun mereka berdua kelihatan ketawa selepas itu.

Pelakon, Kamal Adli memohon maaf sekiranya tindakannya bergurau secara kasar bersama seorang jurusolek yang dikenali sebagai Dek Yan mengundang rasa kurang senang netizen.

Kamal menerusi ruangan balas pada sebuah hantaran di Threads menjelaskan gurauan seperti itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mereka.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Kamal kemudiannya memohoh maaf sekiranya tindakan itu menimbulkan salah faham netizen.

“Sorry tau siapa-siapa tengok saya tarik tarik rambut Dek Yan ke apa ke. Kami luar dan dalam camera memang gurau kasar macam tu.

“Dek Yan pun ada je tarik rambut dan ketuk-ketuk saya tapi saya tak kisah pun sebab kami kan laki. Tu biasa untuk kami. Sorry ya, maaf sangat sangat,” tulisnya.


Terdahulu, menerusi video tular di media sosial, Kamal dilihat menarik rambut Dek Yan dengan agak kasar sehingga jurusolek itu jatuh terduduk.

Bagaimanapun, Kamal kemudiannya mengangkat Dek Yan dan mereka berdua seolah-olah menahan ketawa.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement