Skip to main content

Hiburan

GRWM Sebelum Bersalin Tak ‘Menjadi’, Eyka Farhana Cuit Hati Netizen - “Punyalah Kita Siap-Siap Tapi…”

Eyka Farhana

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi video ‘Get Ready With Me’ sewaktu menanti kelahiran anak pertamanya di hospital.
  • Dia sempat bersolek walaupun akhirnya melahirkan keesokan harinya selepas menanggalkan mekap.
  • Perkongsian itu menghiburkan pengikut dan menerima pujian atas kerajinannya bersiap cantik ketika bersalin.

Pelakon, Eyka Farhana menyorot perhatian apabila berkongsi video ‘Get Ready With Me’ (GRWM) sewaktu dirinya sedang menanti detik untuk melahirkan cahaya matanya di sebuah hospital.

Menerusi hantaran yang dibuat, Eyka dilihat sempat bersolek dan berdandan sementara menanti kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.

Apa yang mencuit hati ialah, isteri kepada pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid ini memaklumkan persiapannya itu tidak ‘menjadi’ kerana dia hanya melahirkan Luay pada keesokan harinya sewaktu sudah menanggalkan mekap.

“Get ready with me in labour room (even rupanya tak jadi beranak masa lepas makeup ni sebab besok tu baru lah Baby L nak beranak).

“Punya lah kita siap siap, tapi time dah remove makeup baru dia rasa nak terberanak,” selorohnya.

Perkongsian itu nyata menghiburkan para pengikutnya yang rata-rata terhibur melihat gelagat Eyka membuat persiapan awal sebelum bersalin.

Malah ada juga yang memuji kerajinan pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi untuk bersolek dan kelihatan cantik semasa melahirkan.

“Hmm awak sakit contraction pun cantik.

“Eyka tak mekap pun cantik.

“Kita masa nak beranak dulu, tudung sarung tu pun dah senget-senget kalah budak tadika time balik sekolah.

“Aku siap jadi penari tiang tapi dia siap mekap,” seloroh netizen.

Terdahulu, Eyka berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement