Skip to main content

Hiburan

GMWA25: Nadeera Puji Penggunaan Tema ‘Re-Culture’, Anggap Mampu Angkat Budaya Malaysia Ke Luar

GMWA25

Sekilas

  • Nadeera puji tema ‘Re-Culture’ Gempak Most Wanted Awards 2025 yang angkat nilai budaya dan boleh tarik pelancong luar ke Malaysia.
  • Dia bakal beraksi bersama Hael Husaini malam ini dan kongsi persiapan dilakukan walaupun sibuk dengan kerja masing-masing.
  • Undian GMWA25 dibuka 15 Januari hingga 15 Februari 2026 dengan format baru 50% undian peminat dan 50% juri profesional.

Penyanyi Nadeera meluahkan rasa kagum terhadap penganjuran Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA25) yang mengetengahkan ‘Re-Culture’ sebagai tema pada malam kemuncak yang bakal berlangsung pada malam ini.

Ujar Nadeera, pendekatan itu sangat bagus dan wajar dipuji kerana mampu mengangkat nilai budaya dalam industri hiburan.

Malah, tema ini juga boleh digunakan untuk menarik lagi minat para pelancong luar negara untuk bercuti ke Malaysia.

“Bagi saya pendekatan menggunakan ‘reculture’ sebagai tema GMWA tahun ini sangatlah bagus kerana ia sedikit sebanyak dapat menunjukkan lagi kepada masyarakat luar tentang budaya yang ada di negara kita.

“Tambahan pula tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia 2026 jadi saya rasakan tema ini mampu menarik pelancong luar negara untuk datang bercuti ke Malaysia,” katanya kepada Gempak.

Nadeera berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi latihan anugerah GMWA25 pada Sabtu.

Bakal membuat persembahan bersama penyanyi, Hael Husaini, pelantun lagu Bukan Lagi Kita ini berkongsi bahawa mereka berjaya membuat persiapan secara rapi meskipun sibuk dengan kerja masing-masing.

Tambah pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu, dia sangat teruja dan berasa tidak sabar untuk membuat persembahan pada malam kemuncak GMWA25.

“Malam ini (Ahad), saya akan perform bersama Hawl Husaini.

“Untuk persiapan meskipun kami sibuk dengan kerja masing-masing, itu tidak menghalang kami untuk berlatih secara panggilan telefon untuk bahagikan ‘part’ masing-masing.

“Dalam masa yang sama, saya sangat teruja dan tak sabar nak perform,” kongsinya lagi.

Selain Nadeera dan Hael, antara selebriti yang bakal melakukan persembahan termasuklah Dayang Nurfaiza, Fahimi Rahmat, Marsha, Shiha Zikir, Aisha Retno dan ramai lagi.

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.  Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.

Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement