Sekilas
- Aisha Retno teruja untuk membuat persembahan pada malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 dengan tema ‘reculture’ yang dekat dengan lagu-lagu bertemakan nusantara yang dibawakannya.
- Selain Aisha, selebriti lain seperti Dayang Nurfaiza, Fahimi Rahmat, Marsha dan Shiha Zikir juga akan membuat persembahan pada malam tersebut.
- Undian Top 10 GMWA2025 dibuka dari 15 Januari hingga 15 Februari 2026 dengan format baru iaitu 50% undian peminat dan 50% undian juri profesional, tanpa fasa undian berperingkat.
Penyanyi, Aisha Retno meluahkan rasa teruja apabila bakal menjadi salah seorang penyanyi yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA25), malam ini.
Menurut Aisha, tema ‘reculture’ yang diketengahkan bagi edisi GMWA pada tahun ini sangat dekat dengan dirinya yang banyak menghasilkan lagu bertemakan nusantara.
“Saya sangat teruja nak buat persembahan pada malam ini sebab tema GMWA tahun ini sangat dekat dengan diri saya iaitu ‘reculture’.
“Tema ini sangat dekat sebab saya selalu bawakan persembahan sebegini di atas pentas,” katanya.
Tambah Aisha, dia juga akan membawa beberapa buah lagu bertemakan Nusantara yang pastinya akan menepati tema malam kemuncak GMWA25.
“Kalau kita tengok, barisan selebriti yang akan buat persembahan malam ini pun bagus-bagus.
“Saya seronok sebab dapat jadi sebahagian darinya,” ujarnya.
“Dan untuk malam ini, demi menghiburkan penonton, saya akan menyanyikan lagu-lagu tradisional yang bertepatan dengan tema GMWA25,” katanya lagi.
Selain Aisha, antara selebriti yang bakal melakukan persembahan termasuklah Dayang Nurfaiza, Fahimi Rahmat, Marsha, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026. Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.
Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.
Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.
Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.