Skip to main content

Hiburan

GMWA2025: Pecutan Terakhir Bermula! 70 Kredit Sehari Hingga 15 Februari

GMWA2025

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 10 calon dalam setiap kategori mengetahui siapakah yang bakal menjulang trofi kemenangan di Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025).

Menjelang malam kemuncak, Gempak kini membuka peluang keemasan buat para peminat untuk melakukan pecutan terakhir undian.

Bagi memberi ruang kemenangan yang lebih cerah kepada calon kegemaran, peminat diberikan 70 kredit undian bagi setiap kategori sepanjang tempoh khas ini.

Tambahan 70 kredit tersebut akan berlangsung selama tiga hari sahaja, bermula 13 Februari jam 12.00 tengah hari hingga 15 Februari pada waktu yang sama.

Ini merupakan peluang terakhir buat peminat untuk memastikan calon pilihan mereka terus kekal di kedudukan teratas sebelum keputusan rasmi diumumkan pada malam anugerah.

Malam Kemuncak GMWA2025 bakal berlangsung di MBSA Shah Alam dan akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria. 

GMWA2025 dikendalikan oleh hos,Sean Lee dan Amelia Henderson.
 

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement