Skip to main content

Berita Tempatan

GMWA2025: Mona Lisa Julang ALPHA, Menang Anugerah Lagu ERA Tergempak 2025

Astro Gempak GMWA ALPHA

Sekilas

  • Lagu "Mona Lisa" nyanyian kumpulan ALPHA menang Anugerah Lagu ERA Tergempak 2025 di Gempak Most Wanted Award 2025 di Shah Alam.
  • Lagu ini berjaya menewaskan sembilan calon lain termasuk artis popular seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, dan Hael Husaini.
  • Kategori ini mempertandingkan lagu trending di Carta Era 40 yang mencapai sekurang-kurangnya 500,000 tontonan atau 1,000 penggunaan di TikTok.

Lagu Mona Lisa yang dinyanyikan oleh kumpulan popular ALPHA melakar kejayaan apabila diangkat menjadi pemenang anugerah Lagu ERA Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada Ahad.

"Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada GMWA2025 kerana memberikan kami peluang pada tahun ini. Ini adalah antara awards atas usaha Alphanites," ujar ALPHA.

Kemenangan ini menewaskan sembilan calon lain yang turut mempamerkan karya popular mereka.

Antara pesaing lain ialah Fadhilah Intan & Aina Abdul (Arah Cinta Sejati), Misha Omar (Break), Nazu & Fahimi (Kopi), Lucidrari & Heil Nuan (Lowkey), Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ade Govinda (Menamakanmu Cinta), Amir Masdi (Nurcinta), Hael Husaini & Nadeera (Peluk), Noh Salleh (Rahsia Tuhan), dan Imran Ajmain (Seribu Tahun Lagi).

Kategori Lagu Era Tergempak 2025 ini mempertandingkan lagu atau audio yang sedang sohor (trending) di dalam Carta Era 40, yang telah meraih 500,000 tontonan atau lebih di semua Platform Digital atau telah digunakan sekurang-kurangnya 1,000 kali di TikTok dalam Tempoh Kelayakan.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement