Skip to main content

Selebriti

GMWA2025: Kemenangan Thariq Ridzuwan Buat Meerqeen Sebak - “Setiap Hari Dekat Set Saya Akan Emosi…”

AstroGempak Meerqeen sebak Thariq

Sekilas

  • Pelakon Meerqeen dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2025 serta memenangi anugerah Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak untuk drama Thariq Ridzuwan.
  • Meerqeen meluahkan rasa syukur dan sebak kerana watak Thariq Ridzuwan sangat dekat di hati dan dia mencurahkan sepenuh jiwa sepanjang penggambaran.
  • Majlis Gempak Most Wanted Awards 2025 berlangsung secara langsung di Auditorium MBSA Shah Alam dengan persembahan artis terkenal seperti Marsha dan Dayang Nurfaizah.

Pelakon, Meerqeen meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2025 (GMWA2025).

Menurut Meerqeen, setiap penghargaan diterima sentiasa hadir bersama emosi yang sukar digambarkan.

“Saya rasa bila ada penghargaan itulah datangnya sebak, tak kisah dari segi pujian atau apa-apa mesti benda itu disulam dengan sebak,” ujarnya.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Lebih manis lagi, watak Thariq Ridzuwan yang dibawakan dalam drama Thariq Ridziwan: His Treasure turut menjadi antara faktor kemenangan besarnya tahun ini.

Kata Meerqeen, karakter berkenaan cukup dekat di hati kerana dia mencurahkan sepenuh jiwa dan emosi sepanjang penggambaran berlangsung.

“Ini tahun keempat saya tercalon dalam Gempak Most Wanted, empat tahun satu pencalonan je saya menang dan tahun ini saya dapat tiga termasuk drama Thariq Ridzuwan.

“Sudah tentu saya sebak sebab saya rasa Thariq Rudzuwan, saya betul betul mencurahkan segala-galanya, rasa, emosi dan titik peluh tu bernilai untuk saya.

“Setiap hari dekat set saya akan emosi sebab saya tak tahu Thariq ini benar benar wujud ke sebab saya dipinjamkan rasa tu kan, dan menang pula.

“Saya rasa Thariq Ridzuan layak untuk jadi juara dalam kemenangan saya sebab keikhlasan yang saya tunjuk itu benar,” jelasnya.

Meerqeen melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2025.

Dalam masa sama, Meerqeen turut menggondol anugerah Selebriti Tergempak 2025 pada majlis sama.

Bukan itu sahaja, drama lakonan Meerqeen yang bertajuk Thariq Ridzuwan turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025.

Sekadar info, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam ini mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Hero Remaja 2019/2020.

Meerqeen kemudiannya mula menempa nama dan meraih perhatian peminat menerusi beberapa drama lakonannya yang disifafkan sebagai ‘natural’ dan menjadi.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, ALPHA dan ramai lagi.

GMWA2025 telah berlangsung secara LIVE pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement