Skip to main content

Hiburan

Geng Usrah Dituduh Sokong Jenaya, Lufya Omar Tampil Bidas Komen Netizen - “Jangan Samakan Kesalahan…”

Lufya Omar

Sekilas

  • Lufya Omar tampil mempertahankan dirinya dan rakan-rakan ‘geng usrah’ daripada tuduhan melampau yang mengaitkan mereka dengan jenayah seksual.
  • Beliau menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak adil kerana mereka sedang berusaha mendalami ilmu agama dan istiqamah di jalan-Nya.
  • Lufya mengingatkan orang ramai supaya tidak memukul rata kesalahan individu tertentu sehingga mencemarkan nama baik pihak lain yang tidak bersalah.

Terima komen berunsur tuduhan melampau terhadap ‘geng usrah’, penyanyi dan pelakon Lufya Omar tampil mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya. 

 

Tidak berdiam diri, Lufya, menyifatkan dakwaan itu sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ia dilemparkan terhadap individu yang sedang berusaha mendalami ilmu agama.

 

"Isu ini (golongan berilmu agama terlibat jenayah seksual) beberapa hari hangat diperkatakan. Saya rasa melampau kalau tiba-tiba dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini.

 

"Komen pulak dekat posting usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama.

 

"Bahaya kata-kata sebegini, seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan konsekuensi yang setimpal, baik di dunia maupun di akhirat.

 

"Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan kejahatan akan kembali kepada pelakunya. Ini mencerminkan keadilan Ilahi di mana tidak ada perbuatan yang luput dari pengawasan Allah SWT,” katanya. 

 

Mengulas lanjut, selebriti berusia 40 tahun ini turut mengingatkan orang ramai agar tidak memukul rata kesalahan individu tertentu sehingga mencemarkan nama pihak lain yang tidak bersalah.

 

"Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalan-Nya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk Istiqamah.

 

"Jangan samakan kesalahan seorang individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. It’s not fair and don’t normalise this kind of mentality.

 

"Kita boleh benci kesalahan/jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah. Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan.

 

"Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian ‘berat’ seperti ini. Who are we to judge anyone? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka,” katanya. 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must-Watch Video

Advertisement