Skip to main content

Drama

Generasi Perfect 10: Ramai Ingat Arabella & Farah Ann Adik Beradik Sebenar! Lakonan Jadi Kapten Memang ‘Bad Ass’ - “Muka Seiras, Sumpah Sebijik!”

Generasi Perfect 10: Ramai Ingat Arabella & Farah Ann Adik Beradik Sebenar

Pelakon, Arabella Ellen menjadi perhatian netizen selepas melakonkan sebagai watak Kapten Victoria dalam drama Astro Originals siri, Generasi: Perfect 10.

Menerusi komen-komen di media sosial, netizen memuji lakonan Arabella yang semakin baik dan berjaya membawakan watak Victoria dengan kemas.

Advertisement

Bagaimanapun, tidak hanya peranannya sebagai kapten yang dipuji, tetapi wajah cantik Arabella juga turut menjadi perbualan netizen.

Ratanya menyatakan wajah Arabella amatlah seiras dengan ratu Gimnas negara iaitu Farah Ann Abdul Hadi.

Lebih istimewa lagi, Farah juga membuat penampilan khas dalam siri berkenaan turut melakonkan watak sebagai kakak kepada Victoria.

Malah, ramai netizen turut mengakui hampir tertipu kerana menyangka Victoria dan Arabella merupakan adik-beradik sebenar dalam dunia nyata.

Saksikan Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.

Generasi: Perfect 10 arahan Sling Ng ini dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis. 

Siri ini mengisahkan watak utama Ezie, lakonan Arena Wan, yang sejak kecil meminati sukan gimnastik. 

Namun, perjalanan hidupnya berubah selepas kelab gimnastik sekolah ditutup sebelum dia nekad menyertai sebuah akademi sukan berprestij.

Must-Watch Video

Advertisement