Ringkasan AI
- Tiada penyingkiran berlaku minggu ini dalam Gegar Vaganza 12, memberi peluang kedua kepada Datuk Elaine Kang untuk terus beraksi.
- Elaine menyanyikan lagu Angan-Angan dan mendapat 52 peratus markah daripada juri tetap.
- Juri seperti Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S memberikan komen membina dan pujian kepada semua peserta.
- Beberapa peserta lain seperti Korie, Iskandar Ismail, dan Mendua turut menerima maklum balas positif dan cadangan untuk penambahbaikan.
- Markah penuh dan ranking peserta minggu kedua telah diumumkan, menunjukkan persaingan yang semakin sengit di pentas GV12.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang diberi peluang kedua untuk meneruskan perjuangannya dalam program tersebut selepas diumumkan tiada penyingkiran berlaku untuk minggu tersebut.
Membawakan lagu Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema, Elaine meraih markah sebanyak 52 peratus daripada juri tetap.
Meskipun meluahkan hasrat untuk menarik diri namun barisan juri yang terdiri daripada Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S memberinya peluang untuk beraksi di pentas itu dan memintanya untuk menyanyikan lagu berbahasa cina.
Sementara itu, Ramli M.S juga menzahirkan rasa puas hati dengan setiap persembahan yang diberikan oleh setiap bintang.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kedua:
Freshies - Untukmu
Hetty Koes Endang: Peserta pembukaan yang diperlukan adalah tenang kamu sudah dapat, lagu ini kamu sudah jiwai tetapi untuk Shima bila duet bersama pergerakan tidak sama sebab ini adalah duet.
Kamu masih boleh naik setengah, sebab bila note bawah tidak dengar. Kamu kena berlatih low note lagi, tidak semua tinggi itu bagus tapi nada rendah juga harus bagus.
Korie - Jangan Ada Benci
Datuk Syafinaz Selamat: Malam ni penampilan 10/10. Nampak segak saya nampak macam ada Ella versi lelaki. Adakah itu dia punya direction? Pada saya awak begitu sahaja sudah cantik tapi kita nak tahu siapa Korie dan pentas ini adalah pentas yang baik untuk cari siapa Korie.
Kita memang nak adik Ella menang tapi kita nak dia menang sebab Korie bukan sebab dia adik Ella.
Iskandar Ismail - Warisan Wanita Terakhir
Datuk Ramli M.S: Hari ini best, minggu ini kamu menyanyi dengan band dan kamu sampaikan macam band dan part tu tinggi tapi kamu sampaikan dengan baik sekali.
Datuk Syafinaz: Nyanyi macam mana kamu selalu nyanyi selama ini sebab kamu akan berikan yang terbaik, jangan ada rasa nervous.
Datuk Elaine Kang - Angan-Angan
Hetty Koes Endang: Usia tidak menjadi masalah di Gegar Vaganza, saya sangat salute dengan program ini kerana tidak pernah mengira usia. Tetap semangat,yang penting malam ini kamu dah cuba yang terbaik.
Mel Sakura - Aku, Dia dan Kamu
Datuk Syafinaz: Mula-mula itu nampak seperti berhati-hati, jaga tempo dan bila nak masuk korus awak terlambat sikit.
Ada bahagian chord progression ambil peluang untuk ubah sedikit. Saya nak tengok apa yang awak boleh bawak sebab ini memang muzik awak tapi saya nak tengok awak boleh buat dengan suara awak.
SHY8 - Sesaat Kau Hadir
Datuk Ramli M.S: Lebih baik daripada minggu lepas.
Mendua - My Heart
Hetty Koes Endang: Memang kumpulan tidak mudah, pemikiran dan kreativiti harus berjalan. Getaran itu dapat pada note pertama. Saya ingat kamu akan bawa lagu ini secara mellow tapi kamu buat lain. Bagus.
Datuk Syafinaz: Susunan vokal ini bagus tapi kadangkala ia boleh jadi sangat janggal. Kena hati-hati. Tapi saya suka cara kerja kamu bertiga. Bukan kamu tidak boleh kreatif tapi jangan terlalu melebih.
Mark Adam - Harus Terpisah
Datuk Syafinaz: Minggu lepas saya dengar semua on point, minggu ini ada sedikit goyah. Saya mahu peserta ambil tanggungjawab untuk persembahan masing-masing.
Awak ada suara yang sedap, awak boleh nyanyi. Awak ada potensi untuk menang.
Shae - Lelaki
Datuk Ramli M.S: Saya tak tahu kenapa minggu ini mereka nyanyi lebih bagus daripada minggu lepas. Mungkin sebab kamu dah selesa di atas pentas. Saya tak mahu dengar merdu tapi saya lihat penceritaan.
Nubhan - Dambaan Pilu
Hetty Koes Endang: Hanya ada sedikit kesilapan bahagian renungan kembali. Yang sangat penting adalah saat di koda, tone. Tapi bagi saya kamu dapat dengan baik tembakannya tepat.
Rahmat Ekamatra - Siapa Di Hatimu
Datuk Syafinaz: Ini lagu karok semua orang. Di GV kita nak tengok benda lain, adakah awak bersedia. Saya nak awak kekalkan diri awak tapi bila nyanyi lagu lain berikan elemen awak dalam lagu itu.
Krisya - Jawapan Kasih
Datuk Ramli M.S: Awak cepat adapt dan selesa dengan apa yang diajar, saya pasti minggu mendatang awak akan jadi lebih baik. Saya harap awak dapat beri persembahan yang lebih mantap.
Ruri Repvblik - Selimut Tetangga
Hetty Koes Endang: Saya rasa minggu lepas ada beberapa pembetulan. Tetapi minggu ini baik.
Kerana ada perubahan malam ini kamu Geprek.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV12 mengikut ranking: