Sekilas
- Nabil Ahmad menjelaskan panggilan nama 'Shiba' kepada Sherry Alhadad bermaksud sebagai gelaran 'Queen' dan bukan nama panggilan yang kurang baik.
- Nabil menegaskan nama itu diambil dari 'Queen of Shiba' dan menasihatkan netizen supaya tidak membuat spekulasi negatif yang boleh memecahbelahkan mereka.
- Gegar Vaganza 12 disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Pelawak dan juga hos Gegar Vaganza 12 (GV12), Nabil Ahmad menjelaskan panggilan nama Shiba yang diberikan kepada rakan sekerja, Sherry Alhadad.
Menurut Nabil, panggilan itu bukanlah nama panggilan yang kurang baik seperti spekulasi sesetengah netizen sebaliknya membawa maksud sebagai seorang Ratu atau Queen.
“Tak baik korang (netizen) sengaja nak pecah belahkan kita. Padahal saya beri nama Sherry Shiba tu berdasarkan Queen of Shiba.
“Ada satu Queen ni nama dia Shiba sebab dia adalah Queen,” jelasnya menerusi siaran langsung GV12 pada Ahad.
Terdahulu, rata-rata netizen berteka teki mengenai nama panggilan yang diberikan Nabil kepada Sherry sehingga ada yang membuat spekulasi nama itu adalah nama panggilan haiwan.
Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.