Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Mana Jihan Muse? Ini Jawapan Pihak Produksi - “Kali Ini Kami…”

Jihan Muse

Program realiti popular Gegar Vaganza 12 (GV12) kembali menemui peminat tidak lama lagi dengan menampilkan gandingan pengacara hebat, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad sebagai hos utama.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata pemilihan Sherry dibuat selepas melihat prestasi cemerlangnya dalam musim lalu yang berjaya mencipta keserasian luar biasa bersama Nabil di pentas GV. 

“Untuk Sherry, tahun lepas kita nampak dia mengendalikan Gegar Vaganza dengan sangat baik. Kami lihat dia sangat ‘blend’ dengan juri, peserta dan menjadikan rancangan itu sangat menarik.

“Sebab itu, untuk tahun ini kami tawarkan Sherry untuk kembali bersama keluarga GV. Saya rasa chemistry antara Nabil dan Sherry sangat bagus dan semestinya Nabil boleh bekerja dengan sesiapa pun, sebab itu kami kekalkan gabungan itu,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Sementara itu, Raqim turut menegaskan bahawa pihak Astro tidak mempunyai sebarang masalah dan masih mengekalkan hubungan baik dengan pengacara dan pelawak Jihan Muse, yang sebelum ini pernah mengendalikan GV bersama Nabil.

“Jihan masih ada dan sebelum ini kami ada sahaja tawaran untuk dia. Tapi kami percaya fokusnya kini lebih kepada anak-anak, lebih-lebih lagi dia baru sahaja melahirkan.

“Tiada apa-apa masalah dengan dia. Kami sangat suka bekerja dengan dia, cuma kali ini kami beri ruang dan masa sedikit untuk dia luangkan masa bersama keluarga,” jelasnya lagi.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. 

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Must-Watch Video

Advertisement