Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Kembali Beraksi, Krisya Janji Tak Biarkan Rasa Takut Halang Persembahan - “Perasaan Itu Hanya…”

Krisya

Ringkasan AI

  • Krisya Nursabrina Roslan akui gementar untuk kembali ke pentas Gegar Vaganza 12 selepas lama menyepi dari dunia nyanyian.
  • Antara kebimbangannya ialah takut lupa lirik dan tidak dapat kawal perasaan ketika beraksi di atas pentas.
  • Pengalaman mempromosikan filem Keluang Man membantu Krisya bersedia untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.
  • Dia terbuka menerima komen dan kritikan daripada juri serta penonton sebagai ruang pembelajaran untuk memperbaiki diri.
  • Krisya menganggap kritikan membina penting, manakala komen negatif yang tidak berasas hanya perlu dilupakan.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Krisya akui gementar untuk kembali ke pentas pertandingan selepas sekian lama menyepi daripada dunia nyanyian. 

Menurut Krisya atau nama lengkapnya, Krisya Nursabrina Roslan antara perkara yang paling merisaukannya ialah kemungkinan lupa lirik dan tidak dapat mengawal perasaan ketika berada di atas pentas.

“Sekarang ini saya dah lebih matang dan mungkin sebab dah lama tak menyanyi, of course bagi saya rasa takut tu tetap ada, takut lupa lirik atau tiba-tiba ‘freeze’ atas pentas.

“Tapi rasanya mungkin perasaan itu hanya pada awal sahaja. Bila dah mula ‘get along’, saya akan lebih yakin,” katanya kepada Gempak. 

Namun pengalamannya mempromosikan filem Keluang Man awal tahun ini sedikit sebanyak membantu dirinya membuat persediaan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.

“Sebenarnya masa buat promosi filem Keluang Man, itu sedikit sebanyak membantu saya untuk bersedia semula. Jadi sekarang saya lebih bermotivasi untuk kembali ke pentas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Krisya turut menyatakan bahawa dia terbuka menerima sebarang komen atau kritikan daripada juri mahupun penonton sepanjang menyertai GV12 kerana menganggap ia sebagai ruang pembelajaran untuk memperbaiki diri.

“Pada saya kalau komen-komen daripada juri-juri untuk saya semua itu kritikan membina. Semua professional jadi saya percaya semua orang ada pandangan masing-masing dan kita harus ambil kritikan tu dan memperbetulkan segala kesilapan yang ada.

“Bagi yang netizen pula, of course saya memang pernah baca memang ada juga komen yang dahsyat. Tapi yang mana yang tak betul tu orang kata just lepaskan je lah, let it go. Tapi yang mana yang ada nasihat yang membina, okay kita boleh terima. So, memang tu dah lumrah kehidupan,” ujarnya. 
 

Must-Watch Video

Advertisement