Ringkasan AI
- Iskandar Ismail menduduki tempat pertama minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-12 dengan lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’.
- Nubhan sekali lagi meraih tempat kedua menerusi lagu ‘Dambaan Pilu’ manakala Mendua di tempat ketiga dengan lagu ‘My Heart’.
- Shy8, Mel Sakura dan Dato’ Elaine Kang berada di kedudukan terendah, namun tiada penyingkiran dilakukan minggu ini.
- GV12 menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dengan juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS.
- Program ini akan bersiaran langsung selama 12 minggu mulai 2 November 2025 setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu kedua sudah pun melabuhkan tirai dengan dengan Iskandar Ismail berjaya mengungguli carta mingguan dengan markah tertinggi menerusi persembahan bertenaga mereka menerusi lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’.
Sementara itu, Nubhan berjaya meraih kedudukan kedua buat kali kedua menerusi lagu ‘Dambaan Pilu’.
Manakala kumpulan Mendua menduduki tempat ketiga menerusi lagu ‘My Heart’ yang berjaya mereka dendangkan dengan penuh bertenaga.
Tiga peserta yang berada di kedudukan terendah ialah Shy8 diikuti Mel Sakura dan Dato’ Elaine Kang. Walau bagaimanapun, Elaine menarik lafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dengan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketika GV12.
Bertemakan ‘Sama Sama Naik’, berikut kedudukan penuh berdasarkan markah keseluruhan minggu kedua:
- Iskandar Ismail
- Nubhan
- Mendua
- Shae
- Freshies
- Mark Adam
- Krisya
- Rahmat Ekamatra
- Ruri Repvblik
- Korie
- Shy8
- Mel Sakura
- Dato’ Elaine Kang
13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).