Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Google Jadi Penyelamat! Iskandar Ismail Belajar Sebutan Telugu Menerusi Internet - “Sekarang Dah Canggih…”

Iskandar Ismail

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Iskandar Ismail akui bergantung harap kepada Google bagi memahami cara sebutan bahasa telegu. 

Selain sebutan, menerusi carian di Internet juga Iskandar cuba memahami dan mempelajari jalan cerita lagu Golimar bagi persembahan minggu kelapan. 

“Sekarang dah senang kita ada internet jadi kita google dan saya belajar dan memahami bagaimana sebutan lirik tersebut. 

“Saya memang harapkan kepada internet untuk tahu cara sebutan dan jalan cerita lagu ini, sekarang dah canggihkan,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Iskandar juga mengakui persiapan kali ini memerlukan pengorbanan fizikal dan mental. 

Bagaimanapun, segala usaha dan pengorbanan itu ternyata membuahkan hasil apabila Iskandar berjaya meraih kedudukan tempat pertama pada minggu tersebut.

“Pengorbanan yang saya buat hari ini, sampai badan sakit siap ada koyok dekat belakang badan dan kaki. Jadi saya rasa ia sangat berbaloi dengan lirik yang susah nak masuk dalam kepala sebab bukan bahasa kita, bahasa telegu dan saya ada masa yang sangat singkat untuk saya hafal lagu ini. 

“Saya rasa minggu ini juga semua peserta dah berikan yang terbaik dan saya tak sangka saya boleh dapat tempat pertama,” ujarnya.  

Sekadar info, Iskandar Ismail berjaya menduduki tangga pertama menerusi persembahan persembahan Golimar dengan markah keselurahan sebanyak 74.50 peratus.

Must-Watch Video

Advertisement