Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Elaine Kang 'Menangis' Selepas Persembahan Sebab...

Elaine Kang

Ringkasan AI

  • Dato’ Elaine Kang sebak selepas persembahan minggu kedua Gegar Vaganza 12 walaupun dalam keadaan kurang sihat.
  • Elaine berterima kasih kepada Astro dan berharap program GV akan kekal selamanya.
  • Juri Hetty Koes Endang memberi semangat bahawa usia bukan halangan dalam Gegar Vaganza.
  • Elaine terkejut dengan kejutan kehadiran tiga hero filem ‘Banduan’ semasa persembahan.
  • GV12 menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura dengan juri tetap dan hos popular, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Dato’ Elaine Kang tidak dapat menahan sebak sejurus selepas tamat membuat persembahan di minggu kedua GV12.

Menurut Elaine, keadaan kesihatannya tidak begitu memberangsangkan namun dia memilih untuk kekal positif untuk memberikan persembahan yang terbaik.

“Ya, saya tak sihat dan doktor saya juga berada di sini tapi saya seorang yang sangat positif (sebak).”

Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Di Luar Kerelaan’ itu menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan peluang dan ruang untuknya menjadi salah seorang peserta GV12.

“Elaine nak ucapkan terima kasih kepada Astro, saya harap program ini akan kekal selamanya,” kongsi Elain selepas persembahan.

Sementara itu, juri tetap, Hetty Koes Endang memberikan kata-kata semangat buat Elaine untuk meneruskan perjuangannya di GV12.

“Usia tidak menjadi masalah di Gegar Vaganza, saya sangat salute dengan program ini kerana tidak pernah mengira usia.” ujarnya kepada Elaine. 

Dalam pada itu, Elaine yang mendendangkan lagu ‘Angan Angan’ terkedu selepas mendapat kejutan daripada tiga hero filem ‘Banduan’ iaitu Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki.

Sewaktu melakukan persembahan, Elaine dilihat terkejut sambil tersenyum sebelum meneruskan persembahannya dengan jayanya.

“Handsome semua, macam mana nak pilih ni?”, kongsi Elaine selepas persembahan.

Kehadiran tiga hero filem ‘Banduan’ itu turut membuatkan suasana di studio MBSA menjadi riuh dan gamat dengan sorakan penonton.

Untuk musim ke-12 ini, seramai 13 bintang dengan Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima) bakal berentap merebut gelaran juara.

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
 

Must-Watch Video

Advertisement