Sekilas
- Datuk Elaine Kang buat kejutan dengan membawa lebih 35 anak patung Labubu sebagai aksesori pada busana lama semasa konsert minggu keempat Gegar Vaganza 12.
- Elaine menyimpan busana lama itu kerana nilai sentimental dan berjaya mendapat markah tertinggi 46.75% selepas persembahan duet lagu Yesterday Once More bersama Dia Fadila.
- Gegar Vaganza 12 akan bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria bermula 2 November 2025, dengan pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad serta juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang tampil dengan kejutan istimewa apabila bermurah hati berkongsi berpuluh-puluh anak patung popular iaitu Labubu kepada penonton dan juga juri sebagai tanda penghargaan di konsert minggu keempat yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Elaine, idea tersebut tercetus selepas pereka fesyennya mencadangkan penambahan aksesori pada busana berkenaan bagi memberikan kelainan dan tarikan visual di pentas.
“Ada lebih kurang 25 ke 40 Labubu, sebenarnya baju di dalam yang saya pakai itu baju lama dan ada pusing pusing macam tempat gantung.
“Kemudian pereka fesyen saya beri idea untuk tambahkan barang di situ supaya kelihatan lebih menarik.
“Jadi itu sebabnya muncul idea untuk letak Labubu, dan saya terus kata okay, boleh. Jadi kena cepat sebab kita ada tiga hari sahaja.
“Tapi mereka gigih siapkan hingga ke malam dan kalau tak salah ada lebih kurang 35 Labubu kerana pasukan kami yang pergi beli,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Elaine turut berkongsi walaupun busana di bahagian dalam yang dipakainya itu merupakan baju lama namun dia tetap menyimpannya kerana memiliki nostalgia tertentu.
“Baju di bahagiab dalamnya juga tak murah. Tapi saya tunggu sehingga harga turun 70 peratus baru saya beli, mahal.
“Sebenarnya baju itu sudah lama. Hampir 10 tahun dan saya masih simpan kerana sayang, ada sentimental value,” ujarnya.
Selain Elaine, bintang lain yang diumumkan tersingkir adalah Shy8.
Elaine yang telah menyampaikan Yesterday Once More duet bersama Dia Fadila menerima peratusan markah senmbanyak 46.75%.
13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.