Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: 5 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Mark Adam Gugur Selepas 'Reunion' Dengan Kakak & Ahli Keluarga - "Saya Sebenarnya Nak Ibu..."

Mark Adam

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Mark Adam gagal menahan air mata selepas berjumpa dengan kakak sulungnya bersama keluarga di Auditorium MBSA, Shah Alam selepas selesai konsert kelapan GV 12.

Menurut Mark, sudah lima tahun dia tidak bertemu dengan kakaknya dan tidak menyangka keluarganya sanggup hadir ke Malaysia semata-mata untuk menyokong persembahannya.

“Ini kali pertama mereka datang ke Malaysia. Saya memang terkejut bila nampak keluarga kakak saya hadir ke konsert minggu ini. Saya sebenarnya nak ibu turut datang, tapi dia tak boleh tinggalkan cucu-cucunya di sana,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Mark juga akui dia tidak dapat pulang ke Filipina sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dan atas faktor kewangan.

“Kali terakhir saya balik ke Filipina lima tahun lepas, sebelum pandemik. Selepas itu, ekonomi saya tidak begitu stabil.

“Sebelum COVID-19, saya boleh balik hampir lima kali setahun. Tapi selepas pandemik, memang tak mampu. Kami cuma berhubung melalui panggilan video sahaja,” ujarnya.

Mark juga tidak lupa merakamkan penghargaan buat isterinya yang disifatkan sebagai tulang belakang dan penyokong terbesarnya.

Terdahulu, Mark turut mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika sesi sidang media apabila kakak serta anak-anak buahnya tiba-tiba muncul dan memeluknya.

Mark dilihat bangun meninggalkan sesi tersebut sebelum memeluk keluarganya erat, sekali gus mencetuskan momen penuh emosi yang turut menyentuh hati rakan-rakan media yang hadir.

Must-Watch Video

Advertisement