Nama penyanyi, Wany Hasrita menjadi perhatian warganet selepas berkongsi sekeping gambar pizza yang dipercayai daripada jenama milik usahawan, Jofliam menerusi Instagram Stories pada Sabtu.
Perkongsian tersebut pantas mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila segelintir pengguna Threads meluahkan rasa kecewa dan menganggap tindakan Wany seolah-olah tidak sensitif terhadap situasi melibatkan bekas isteri Jofliam, iaitu Cik Epal.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna menulis sindiran terhadap pelantun lagu Canggung itu dengan mendakwa dia sepatutnya lebih peka terhadap isu yang melanda Cik Epal.
“Kepada Wany Hasrita tahniah kepada anda. Ada Threads,follow cikepal tahu sgala apa jadi tapi anda.btw good job,” tulis seorang pengguna Threads.
Bagaimanapun, hasil tinjauan Gempak mendapati gambar pizza berkenaan sudah dipadam daripada Instagram Stories milik Wany Hasrita.

Isu tersebut terus menjadi perdebatan apabila ramai netizen meluahkan rasa kecewa di ruangan komen sehingga ada yang menyatakan hasrat untuk memboikot penyanyi itu.
“Bermuka-muka betul orang macam ni. Sikit takleh caye
“Padahal mase event ojen kalau xsilap,siap cakap kat CE nanti u kawin i nyanyi kan free,terpaling talam dua muka
“Sorry Wani Hasrita, saya boikot awak. Dah boleh siap-siap block di mana-mana sosial media.
“Minat Wany Hasrita sebelum ini. Sebab aku suka perwatakan dan lagu dia, tapi im sorry to saya lepas ni no more. Bukan masalah teringin ke apa. Kamu tahu apa yang jadi, its not about personal is personal, its all about humanity dan empathy. Unfollow and no more support,” tulis netizen.
Namun begitu, tidak semua warganet bersetuju dengan kecaman yang dilemparkan. Ada juga yang berpendapat isu tersebut sengaja diperbesarkan dan tidak wajar dijadikan alasan untuk menyerang peribadi seseorang.
“Bapak kecoh ingatkan apa benda lah. bukan issue besar pun sampai murtad ke apa. nak ajak kebencian kenapa lah eh, sumpah sick gila culture sekarang. you guys dah adults? mind your own business & move on. sibuk dgn rumah tangga org, sibuk dgn yg bukan masalah kita?? lahhh weird!!!
“Ahah beria nya post benda macam ni 😂 what a life.
“Makan pizza pun jadi isu☠️☠️☠️😭 touch some grass omg,” komen netizen.