Skip to main content

Hiburan

Gara-Gara Pegang Perut Isteri, Ramai Ucap Tahniah Dekat Fizi Ali - “Maaf Kalau Ada Yang…”

Fizi Ali

Sekilas

  • Fizi Ali hairan ramai ucap tahniah tanpa jelaskan sebabnya selepas dia kongsi gambar pegang perut isteri.
  • Ramai sangka isteri Fizi mengandung, tapi dia nafi dan jelaskan perut isteri cuma kembung sebab makan banyak.
  • Fizi ucap terima kasih atas doa baik dan janji akan maklumkan jika ada berita gembira kelak.

Penyampai radio Fizi Ali berasa hairan apabila ramai yang berjumpa dengannya mengucapkan tahniah namun tidak memberi menyatakan sebab ucapan itu diberikan. 

 

Turut menerima mesej ucapan tahniah, Fizi akhirnya menyedari foto yang dikongsikan pada Rabu yang memperlihatkan dia memegang perut isterinya sehingga menyebabkan ramai orang beranggapan mereka bakal timang cahaya mata lagi. 

 

“Tiba-tiba pagi ni ramai jumpa bagi ucapan tahniah… ada yang DM, ada yang mesej. Pelik apa yang tahniah. 

 

“Tanya dorang senyum-senyum... bila check balik ohhhhh gambar ni rupanya buat ramai cakap tahniah. Ingatkan mamatiz mengandung eh. Bukan... salah salah,” katanya menerusi platform Threads. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fizi menafikan isterinya hamil seperti yang disangkakan ramai namun tetap berterima kasih atas doa yang baik. 

 

“Ceritanya gambar ni semalam makan banyak sangat sampai perut mamatiz kembung nak meletop. Tu pegang perut dia. 

 

“Maaf kalau ada yang salah sangka. Kalau ada InsyaAllah kita akan beritahu. Terima kasih doa yang baik-baik untuk kitaorang,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement