Skip to main content

Hiburan

FINAS Sahkan “Konspirasi” Dihentikan Atas Permintaan Penerbit

Astrogempak KONSPIRASI

Sekilas

  • FINAS mengesahkan tayangan filem Konspirasi dihentikan atas permintaan penerbit Elepfilm Entertainment, bukan arahan pihak lain.
  • Filem Konspirasi telah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem dan mula ditayangkan di 120 skrin pawagam sejak 21 Mei lalu.
  • FINAS masih menunggu penjelasan lanjut daripada penerbit mengenai keputusan hentikan tayangan dan akan memaklumkan perkembangan terkini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri dan bukan arahan mana-mana pihak.

FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem berkenaan.

Menurut FINAS, berdasarkan emel yang dikongsikan kepada pihaknya, penerbit filem tersebut iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. telah meminta supaya tayangan Konspirasi dihentikan bermula Khamis (28 Mei).

“Semakan FINAS bersama pengedar dan pempamer filem mendapati penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

FINAS turut menjelaskan filem berkenaan sebelum ini telah memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum diberikan kelulusan di bawah Skim Wajib Tayang pada 14 Mei lalu.

Filem tersebut mula ditayangkan di 120 skrin pawagam seluruh negara bermula 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, FINAS memaklumkan pihaknya masih belum memperoleh penjelasan lanjut daripada penerbit berhubung keputusan menghentikan tayangan filem itu selepas beberapa usaha menghubungi mereka dilakukan.

Menurut FINAS, pihaknya akan terus mendapatkan maklumat lanjut daripada semua pihak berkaitan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu diterbitkan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.

Konspirasi mengangkat kisah anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan misi berisiko tinggi dalam membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement