Skip to main content

Selebriti

Fikry Ibrahim Bangga Kualiti Naskhah Tempatan Makin Hebat - “Siri ‘Good Boys Go To Heaven’ Antara Yang Patut Tonton, Look Ala-Ala ‘Ozark’”

Fikry Ibrahim puji naskhah tempatan

Sekilas

  • Fikry Ibrahim bangga dengan perkembangan positif industri hiburan tempatan yang kini menghasilkan karya berkualiti tinggi.
  • Beliau memuji kematangan kritikan penonton yang lebih mendalam dan tidak fokus pada perkara remeh.
  • Siri Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, mendapat pujian atas visual dan mood unik serta sudah mula ditayangkan di Astro Citra dan platform digital.

Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim meluahkan rasa bangga melihat perkembangan terkini industri hiburan tempatan yang disifatkan semakin berkembang.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fikry berkata dia melihat perubahan positif dari segi cara pengkarya dalam menghasilkan sesuatu karya yang berkualiti

“Tahun ni rasa bangga banyak produk Malaysia yang berkualiti keluar, baik dari filem hingga ke siri.

“Secara tidak langsung jual budaya kita kat luar dan paling penting bentuk pemikiran yang lebih bagus,” kongsinya.

Tidak hanya pemain industri, malah Fikry juga berpendapat corak dan kritikan penonton mada kini juga nampak lebih matang dan tidak tertumpu kepada perkara yang remeh.

Dalam masa yang sama, Fikry juga memberikan pujian terhadap siri tempatan baharu Astro Originals, Good Boys Go To Heaven yang disifatkan mempunyai visual dan mood tersendiri.

“Kritikan pun dah lebih mendalam bukan setakat ‘baju dia tak elok’. Siri baru ‘Good Boys Go to Heaven’ antara yang patut tonton.

“Look ala-ala ‘Ozark’. Terima kasih pengkarya, terima kasih penonton,” titipnya.


Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Must Watch Video

Advertisement