Skip to main content

Selebriti

FFM34: Pernah Disindir Masuk Dunia Lakonan, Qi Razali Kini Dinobat Pelakon Lelaki Terbaik - “Mereka Kata Saya Lebih Sesuai Main Muzik…”

Pernah Disindir Masuk Dunia Lakonan, Qi Razali Kini Dinobat Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon dan pengacara, Qi Razali, mengakui pernah menerima pandangan sinis daripada segelintir pihak yang berpendapat dirinya lebih sesuai bergiat dalam bidang muzik berbanding lakonan.

Bagaimanapun kata Qi, dia tidak menjadikan kata-kata itu sebagai penghalang, sebaliknya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam industri seni.

“Ada yang pernah memperlekehkan saya bukan dari segi populariti tetapi mereka kata saya lebih sesuai bermain muzik.

Advertisement

“Mereka kata saya lebih mantap dalam perkara itu. Tapi tak mengapa saya tak putus asa,” ujarnya.

Qi berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Qi lagi, dia berpendapat kejayaan seseorang dalam bidang seni tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, sebaliknya perlu disokong dengan minat yang mendalam dan disiplin tinggi.

“Pada saya, perlu ada tiga perkara dalam diri. Bakat, minat yang mendalam dan disiplin. Kalau tidak ada tiga ini tak boleh.

“Kalau ada bakat, ada minat tapi tak ada disiplin tak boleh juga. Bagi saya kalau ada benda ini saya akan mendalami betul-betul.

“Maksudnya bila saya datang ke dunia filem ini, saya tidak melangkah dengan pelakon pelakon yang keluar daripada sekolah teater,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan kariernya, Qi berkata walaupun tidak datang daripada latar belakang teater seperti sesetengah pelakon lain, namun dia tetap menghormati dunia perfileman dengan mendalami ilmu serta asasnya terlebih dahulu.

“Saya tidak melanggar peraturan perfileman, saya faham, saya belajar dulu apa itu seni, pengarah itu apa dan sebagainya, kemudian barulah saya masuk ke dunia lakonan.

“Mungkin saya tidak datang dari susur galur yang sama, pejalananan seni saya lain tetapi kesungguhan dalam seni, itu yang saya rasa ada pada dalam diri saya,” jelasnya.

Untuk info, FFM34 menyaksikan Babah dinobatkan sebagai filem terbaik dan membolot lima lagi anugerah lain iaitu Pengarah Harapan (Shah Faizul) Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali) Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement