Sekilas
- Lan Pet Pet sekali lagi memohon maaf kepada Fazura atas gurauan yang tidak kena tempat dan tular di Threads.
- Fazura berpendapat bahawa pujuk rayu seperti Lan Pet Pet boleh membuatkan mana-mana isteri cair dan berlembut hati.
- Usikan Lan sebelum ini diselar kerana dianggap tidak sensitif dan menjatuhkan maruah wanita, namun permohonan maafnya diterima baik oleh Fazura.
Selepas beberapa kali memohon maaf, pelawak iaitu Lan Pet Pet sekali lagi mencuri perhatian apabila tidak berhenti meminta maaf kepada pelakon, Fazura.
Menerusi satu video yang tular di Threads, lam atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad dilihat tidak henti memohon maaf kepada Fazura atas gurauan tidak kena tempatnya kepada aktres itu.
“Saya minta maaf dekat Fazura,” luah Lan Pet Pet.
Apa yang menghiburkan ialah, Fazura berpendapat bahawa mana-mana isteri pasti akan ‘cair’ dan berlembut hati sekiranya suami mereka memujuk seperti Lan Pet Pet.
“Daripada pagi tak berhenti.
“Ini kalau suami isteri, suami pujuk mesti tak jadi bercerai,” seloroh Fazura.
Jawapan Fazura itu kemudiannya menuai respon yang rata-ratanya terhibur dengan aktres tersebut.
Sebelum ini, usikan Lan berkaitan perkahwinan dengan Fazura disifatkan peminat sebagai tidak bersesuaian dan berbaur lucah.
Tindakan itu turut diselar kerana dianggap kurang sensitif, tidak menghormati golongan wanita serta menjatuhkan maruah wanita, khususnya Fazura yang kini bergelar ibu tunggal.
Susulan itu, Lan membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya yang kemudiannya disambut baik oleh Fazura.
Sumber: Threads