Skip to main content

Hiburan

Fazura Sukar Nak Maafkan Individu Tak Rasa Bersalah Berkata Buruk Terhadap Dirinya, Anak & Arwah Bapa - “Tak Apalah, Saya Serah Semua Kepada Allah”

Astrogempak Fazura

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura mengakui mudah memberi kemaafan jika individu itu menunjukkan rasa kesal dan memohon maaf kepadanya.
  • Fazura menegaskan dia tidak akan memaafkan mereka yang terus berkata buruk tanpa rasa kesal, terutama jika melibatkan penghinaan terhadap dirinya, anak, dan arwah bapanya.
  • Dia menyerahkan segala urusan kepada Allah dan menegaskan bahawa setiap perbuatan buruk akan mendapat balasan, namun dia tidak mengharapkan balasan itu secara peribadi.

Pelakon Nur Fazura mengakui dia adalah seorang individu yang mudah memberi kemaafan kepada insan yang mungkin berbuat jahat terhadapnya. 

Bagaimanapun, menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Threads, Fazura menegaskan sukar untuk memaafkan individu yang tiada kekesalan dalam berkata buruk terhadapnya. 

"Ya, Allah ada. Tak apalah, saya serah semua kepada Allah. Tapi kalau ada yang kata saya maafkan tu, saya tak maafkan pun. Janganlah kata Fazura pemaaf orangnya, dia… dia mesti akan maafkan semua orang. Tak. Kalau orang minta maaf kepada saya, ya. 

"Sebab ada juga yang DM yang pernah macam minta maaf apa benda semua, of course saya ni kalau orang dah start minta maaf dengan saya, of course saya akan lembut hati. Tapi kalau orang tak minta maaf, kenapa kita nak maafkan orang tu? Dia pun sesuka hati saja duk mengata-mengutuk kita, kita pula 'tak apalah I maafkan'… No. Itu bukan saya. Sorry," katanya. 

Dalam pada itu, Fazura juga mendedahkan terlalu banyak kata-kata negatif yang dilemparkan bukan sahaja terhadap dirinya, malah turut melibatkan anak dan arwah bapanya.

Menurutnya, sebagai manusia, dia tetap mempunyai batas kesabaran dan tidak mudah untuk melupakan perkara yang menyentuh soal maruah serta keluarga.

"Kalau nak kata saya nak jadi baik, memang saya nak jadi baik. Tapi saya tidaklah semudah itu dan tidaklah orang kata orang mengata-ngata mencaci, memburukkan anak saya, menghina anak saya, mengata saya, menghina arwah ayah saya, menghina macam-macam... lepas tu saya nak kata 'Oh tak apalah, tak apa saya maafkan'. 

“Tak, saya tak maafkan. Saya tak maafkan. Ya, saya tak maafkan. Anda semua jadi saksi hari ini eh. Dan yang penting Allah menjadi saksi.  Saya tak maafkan segala perbuatan anda dan kata-kata anda itu. Dan rest assured, segala perbuatan anda itu akan berbalik kepada anda. 

"Ya, no one will be spared. Your time will come juga. Tapi saya tak fikirkan benda tu. Saya dah fikirkan benda tu, saya pun tak mengharapkan balasan apa-apa. So saya serahkan semua pada Allah. Saya serahkan semua pada Allah," tambahnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement