Sekilas
- Bella Astillah dan Fazura dilihat berbual mesra di Halal International Expo Singapura, di mana Fazura mendoakan agar Bella segera bertemu jodoh yang baik.
- Bella secara spontan mengajak Fazura hadir ke majlisnya jika benar dijemput, yang membuatkan Fazura terkejut dan membalas dengan ucapan semangat.
- Peminat teruja dengan perbualan itu dan berharap Bella disatukan dengan Syed Saddiq, yang sebelum ini dikaitkan dengannya.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas video perbualannya bersama aktres, Fazura ketika di Halal International Expo Singapura tular di media sosial.
Menerusi video yang tersebut, Fazura dilihat sempat menitipkan doa agar Bella segera dipertemukan jodoh yang baik.
“Semoga berjodohan semua,” ujar Fazura.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, kemudian secara spontan meminta agar Fazura hadir ke majlis tersebut jika dia benar-benar menjemputnya.
“Tapi kalau jemput kena datang,” kata Bella.
Reaksi itu membuatkan Fazura terkejut sebelum mengusik semula Bella.
“Betullah sudah ‘confirm’? Mudah-mudahan yang terbaik, semoga berjaya. Sekarang kita nak bahagia dan gembira,” balas Fazura.
Bella bagaimanapun hanya tersipu malu tanpa mengulas lanjut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak menafikan mereka berharap Bella segera disatukan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini dikaitkan dengannya.
“Wah, Bella sudah jemput Fazura… comelnya.
“Yahu, nampaknya sudah ‘confirm’.
“Bella sudah bagi ‘hint’, kita pula yang teruja,” komen beberapa peminat.