Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob menegur trend netizen yang suka membandingkan rupa paras pasangan suami isteri di media sosial.
- Fazley menegaskan bahawa penilaian luaran tidak seharusnya menjadi ukuran kebahagiaan sesebuah pasangan.
- Fazley menekankan bahawa cinta sejati membuatkan segala kekurangan fizikal tidak menjadi halangan kepada kebahagiaan pasangan.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan mengenai trend segelintir netizen yang gemar mempertikaikan rupa paras pasangan suami isteri di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley menegur sikap membandingkan fizikal pasangan yang dilihat semakin berleluasa.
Menurut Fazley, semua tanggapan tersebut hanyalah penilaian luaran semata-mata.
“Banyak betul posting pasal suami handsome isteri tak cantik, atau isteri macam bidadari suami macam malaikat maut. Ini semua padangan dari mata korang je,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazley juga menegaskan kebahagiaan sesebuah pasangan tidak seharusnya diukur berdasarkan pandangan luaran orang lain.
“Bila dah jatuh cinta seikhlasnya, muka Muka jerawat batu pun kita tetap nampak muka dia macam kulit telur.
“Gigi dia bertingkat macam kuih lapis pun kita tetap nampak macam dia baru buat gigi kat thailand, ketiak dia bau bawang sekali pun kita tetap bau macam kedai pastry.
“Lantaklah korang cakap ‘dunia x adil’ asalkan diorang bahagia ok?” coretnya.
Sumber: Threads @fazleyyaakob