Skip to main content

Selebriti

Fazley Tegur Budaya ‘Downgrade’ Pasangan Demi Konten - “Soal Air Muka & Aib Bukan Sesuatu Yang Patut Dijadikan Bahan Ya!”

Fazley henti budaya downgrade

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menegur individu yang merendah-rendahkan pasangan demi meraih perhatian atau menghasilkan kandungan di media sosial.
  • Fazley menegaskan budaya menjadikan pasangan bahan jenaka atau membuka aib mereka adalah tidak wajar dan boleh menjatuhkan maruah.
  • Fazley memberi contoh situasi yang sering dijadikan bahan gurauan seperti tabiat tidur, kewangan, dan masa lalu pasangan yang sepatutnya dijaga dalam hubungan.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menegur tindakan segelintir individu yang gemar merendah-rendahkan pasangan semata-mata untuk meraih perhatian atau menghasilkan kandungan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata budaya menjadikan pasangan sebagai bahan jenaka atau membuka aib mereka di hadapan orang lain demi ‘content’ adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Korang dah boleh stop kot budaya downgrade pasangan masing-masing demi content atau clout, atau buat lawak dengan kawan-kawan supaya semua gelak bersama.

“Atau dengan keluarga kononnya nak tunjuk paling ‘sporting’,” tegurnya.

Malah Fazley juga turut memberikan contoh situasi yang sering dijadikan bahan gurauan oleh sesetengah individu, termasuk mendedahkan perkara peribadi pasangan seperti tabiat ketika tidur, perkara sensitif berkaitan kehidupan peribadi, atau memperlekehkan aspek kewangan serta masa silam pasangan.

“Dia kentut wei dalam tidur” “Dia memang suka tengok porn kau tau tak?” “Dia jenis jarang mandi wei”

“Dia gaji tak besar mana pun” “Dia dulu pernah curang tapi now dah insaf” “Dia jenis makan banyak kalau kat rumah tak ingat dunia!” coretnya.

Bagaimanapun kata Fazley, tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah pasangan, sebaliknya berpotensi membuka aib yang sepatutnya dijaga dalam hubungan.

“Soal air muka dan Aib bukan sesuatu yang patut dijadikan bahan ye!” tegasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Fazley:


Sumber: Threads @fazleyyaakob

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Must-Watch Video

Advertisement