Skip to main content

Berita Tempatan

Fauziah Nawi Pantang Dipanggil ‘Mak Cik’, Lebih Selesa Dengan Panggilan ‘Auntie’ - "Auntie Ada Style, Mak Cik Pula..."

fauziah_nawi

Seniwati Datuk Fauziah Nawi berkongsi pandangannya yang kurang selesa dengan panggilan 'mak cik' sebaliknya lebih ideal jika orang memanggilnya 'auntie'.

Jelas Fauziah, panggilan tersebut sudah lama menjadi perkara yang dia tidak gemari, malah menganggap istilah auntie lebih bergaya berbanding makcik.

Advertisement

“Panggil makcik, aku akan terus tak tegur kau. Sumpah, aku pantang orang panggil aku makcik. Auntie okey.

"Arwah mak aku dulu pernah cakap ‘kau gila’. Baginya, makcik dan auntie tu sama je.

"Cuma, bagi saya, auntie ada style, makcik pula terbayang orang makan sireh,” katanya ketika sesi MuviiGrind Casting Day baru-baru ini.

Fauziah turut berkongsi pengalaman disapa dengan panggilan mak cik ketika sedang membeli-belah sebelum ini.

“Katakanlah saya tengah beli barang, barang tu murah. Kalau orang sapa saya makcik, saya akan terus letak balik barang tu, keluar, tak nak beli,” jelasnya.

Menariknya, Fauziah tidak kisah sekiranya dipanggil dengan gelaran yang lebih tua, iaitu nenek.

“Panggil aku nenek, aku okey,” ujarnya berseloroh.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by muviigrind (@muviigrind)

 

MuviiGrind merupakan platform inovatif dalam industri hiburan yang memulakan pencarian bakat-bakat baharu untuk menyertai produksi drama vertikal yang bakal mengangkat kisah-kisah kehidupan masyarakat di seluruh rantau ASEAN, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand.

Sesi uji bakat yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Teedo Hotel, Kuala Lumpur, menyaksikan lebih daripada 120 peserta hadir, yang semuanya bersemangat untuk memeriahkan dunia drama vertikal yang sedang berkembang
pesat.

Selain itu, lebih daripada 480 individu telah mendaftar dari seluruh Malaysia dan atas sambutan luar biasa tersebut, MuviiGrind merancang untuk mengadakan
sesi kedua dalam waktu terdekat bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Panel penghakiman untuk sesi uji bakat ini terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia, antaranya Datuk Fauziah Nawi, Rosnah Johari, dan Zila Bakarin.

Turut bersama-sama dalam panel adalah beberapa tokoh terkenal dalam industri hiburan seperti Hafiz Derani, Zaiham Zainal (Curly Jow), dan Rizuan Md Nor (Apple) selain pelakon Danial Dashuki dan Tiara Suraya.

 

Must-Watch Video

Advertisement