Skip to main content

Hiburan

Fattah Amin Jawab Soal Perancangan Anak Dengan Amira Othman - “Bila Sampai Waktunya…”

fdvdfv

Pelakon, Fattah Amin memilih untuk menyerahkan urusan rezeki cahaya mata bersama isterinya, Amira Othman, sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

Menurut Fattah, dia dan Amira tidak terlalu terburu-buru, sebaliknya hanya berdoa dan reda dengan apa jua yang telah ditetapkan buat mereka.

Advertisement

“Kami aminkan sahaja. Soal jodoh dan rezeki ini kita serahkan kepada Allah SWT. Bila sampai waktunya, pasti ada, Insya-Allah,” ujarnya ringkas.

Fattah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis resepsi ketiga pasangan itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Melawati, Kuala Lumpur, pada malam Ahad.

Majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu selamat diijabkabulkan pada 14 September lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort di Sepang.

Mereka kemudian meneruskan majlis resepsi pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada minggu sebelumnya sebelum diraikan sekali lagi pada majlis resepsi ketiga.

Must-Watch Video

Advertisement