Pengumuman pelakon Fattah Amin bakal berkahwin dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September depan terus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Menerusi laman Threads, ada yang mendakwa Fattah, 35, seorang yang mudah jatuh cinta dengan heroin gandingannya setiap kali berlakon.
Advertisement
“Patahamin ni cepat jatuh cinta lokasi. Proven la with his previous relationship. Siapa ke entah nama pelakon tu. Lepas tu dengan Neelofa, Fazura. Semua heroin dia weh. Yang Miraseman ni kan rakan sekerja. Hahahaha,” tulis seorang pengguna.
Namun, dakwaan tersebut dibidas oleh peminat lain yang tampil mempertahankan Fattah dengan menyenaraikan barisan panjang heroin gandingan aktor itu sebelum ini.
“Yakin ke semua? Jangan nak fitnah. Memandaikan cakap proven. Heroin dalam list ni semua ke couple dengan Fattah lepas berlakon sama?” katanya.
Senarai itu antaranya merangkumi nama-nama besar seperti Fathia Latiff, Liyana Jasmay, Mira Filzah, Diana Danielle, Risteena, Izara Aishah, Janna Nick, Riena Diana, Fasha Sandha, Ruhainies, Sophia, Niena Baharun, Sweet Qismina, Chacha Maembong, Nelydia Senrose, Wanna Ali, Amyra Rosli, Sherry Ibrahim, Neelofa dan Fazura.

Ada juga yang meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi, sebaliknya mendoakan yang baik untuk kebahagiaan pasangan itu.
“Takpe itu dah jodoh depa lagu tu… selama ni dok jumpa tak berjodoh, lepas dah jadi duda berjodoh pula anak dara.
“Biar dia la sis, dah jodoh dia. Allah tentukan dah dengan siapa kita kenal, dengan siapa kita berjodoh, dan sampai bila jodoh tu.
“Jangan persoalkan la… doa baik-baik untuk pasangan ni,” tulis seorang lagi pengguna.
Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan Fattah akhirnya terjawab apabila dia dan Amira mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh istimewa yang dipilih bersempena ulang tahun kelahirannya
Untuk rekod, Fattah pernah membuat kejutan dengan melamar Amira ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.