Skip to main content

Hiburan

Fattah Amin Belanja Aksi Silat Depan Amira Othman Di Majlis Bersanding, Netizen Kagum - “Best Moment Wedding”

hhhf

Gelagat pelakon, Fattah Amin yang menampilkan kemahiran bersilat di hadapan isterinya, Amira Othman, sempena majlis persandingan mereka di Puchong, Selangor pada Ahad, mencuri tumpuan ramai.

Menerusi beberapa perkongsian video di media sosial, Fattah dilihat membuka langkah silat dan ‘menumbangkan’ beberapa pesilat di hadapan para tetamu sebagai satu kejutan istimewa buat Amira.

Advertisement

Persembahan spontan itu mendapat tepukan gemuruh dan pujian ramai yang menyifatkan momen berkenaan sebagai antara detik paling indah dalam majlis tersebut.

Antara komen netizen di platform TikTok:

“Bestnya. Akhirnya dpt jugak lihat persembahan pendekar awang.

“Best moment wedding.

Wow bila pendekar awang bersilat dgn baju pengantinnya terpegun kak long.

“Pendekar awang is back,” komen beberapa netizen

Difahamkan majlis resepsi ketiga itu diadakan untuk meraikan peminat Fattah dan Amira yang ingin melihat momen bahagia artis kesayangan mereka.

Sebelum ini, Amira dan Fattah selamat disatukan pada 14 September lalu dalam majlis tertutup penuh indah di sebuah resort mewah di Sepang.

Kemudian pasangan itu mengadakan majlis resepsi di Johor dan Kuala Lumpur dengan dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Must-Watch Video

Advertisement