Skip to main content

Selebriti

Farihin Arnia Puji Inisiatif GMWA, Beri Penghargaan Kepada Content Creator - “Rezeki Masing-Masing…”

AstroGempak farihin gmwa

Sekilas

  • Farihin Arnia memuji Gempak Most Wanted Awards (GMWA) sebagai platform terbaik untuk mengangkat bakat baharu dalam industri digital.
  • Beliau menegaskan inisiatif seperti GMWA wajar diteruskan kerana memberi ruang dan pengiktirafan kepada content creator yang semakin berkembang.
  • Farihin juga menyatakan pengiktirafan ini menjadi motivasi dan membantu memperkukuhkan industri kreatif tempatan di tengah persaingan sengit.

Personaliti media sosial, Farihin Arnia, menyifatkan penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) adalah sebagai sebagai satu platform terbaik dalam mengangkat dan memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam industri digital masa kini.

Menurut Farihin, inisiatif seperti GMWA wajar diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi ruang dan pengiktirafan kepada pelbagai kategori penggiat industri, khususnya content creator yang semakin berkembang pesat.

“Bagi saya GMWA ini sangat baik dan patut diteruskan untuk masa masa yang akan datang sebab kita mengangkat nama-nama baru dalam industri, seperti kontent creator dan banyak kategori yang ada.

“Kita tak tahu siapa yang akan naik, siapa yang akan turun, rezeki masing-masing, jadi ini adalah satu inisiatif yang baik untuk GMWA diteruskan,” jelasnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Farihin juga berkata dengan kemunculan ribuan bakat baharu, persaingan dalam dunia penciptaan kandungan juga semakin sengit.

Disebabkan itu, Farihin berpendapat pengiktirafan seperti ini bukan sahaja menjadi motivasi kepada mereka untuk menghasilkan konten yang berkualiti, malah turut membantu memperkukuhkan industri kreatif tempatan.

“Akan ada muka-muka baru, setiap hari akan ada beribu orang yang bersaing untuk menjadi content creator yang baik.

“Jadi inilah dia muka muka yang kita nampka sekarang ini adalah muka-muka yang saya rasa memang Gempak.

“Mereka mampu bersaing dengan ramai content creator dan berada di tahap sebenar,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Must-Watch Video

Advertisement