Skip to main content

Hiburan

Faiz Aizif Terkilan Dihina Kerana Tiada Ijazah - “Orang Ada SPM Tak Ada Masa Depan Ke?”

Faiz Soul

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Aizif meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dikecam hebat susulan kehadirannya merasmikan sebuah majlis sekolah walaupun kehadirannya ke acara tersebut atas jemputan rasmi.

Menurut Faiz, kecaman yang diterima tidak wajar memandangkan dia hanya memenuhi jemputan yang disampaikan kepadanya.

“Saya dikecam sebab hadir padahal saya dijemput, saya hadir bagi talk dan jalankan amanah saya sebab surat sampai kepada saya, jemputan sebagai perasmi. Dan di sekolah saya nak kongsi rezeki. 

“Saya tanya guru besar berapa Asnaf ada sekolah nih? Maka saya volunteers nak bantu 204 asnaf tu di sekolah. Sumbangan peribadi saya. Bukan diminta,” tulisnya. 

Faiz juga meluahkan rasa kesal kerana dirinya dihina di TikTok oleh seorang individu yang didakwa mempersoalkan kelayakannya merasmikan majlis sekolah kerana tidak memiliki ijazah.

“Point kedua, saya diherdik di tiktok DSA kata saya tak layak sebab takdak Degree. Cakap saya nih cuma ada SPM ja. Tak layak hadir majlis itu.

“Terasa hina bila disindir soal degree. Ya, mungkin aku tak ada diploma. Tapi aku syukur SPM aku 5A 2B 1C+. Seolah orang ada SPM ni tak ada masa depan ke?” luah Faiz.

Faiz turut mempersoalkan mengapa hanya dirinya yang menjadi tumpuan kecaman sedangkan ramai lagi pempengaruh dan usahawan lain yang pernah dijemput ke sekolah tanpa isu besar.

Dia menegaskan bahawa tiada sebarang peraturan yang dilanggarnya dan dia  hadir sepenuhnya atas jemputan rasmi pihak sekolah.

“Banyak lagi pempengaruh lain pergi sekolah. Kenapa tak viral teruk? Aku hadir atas jemputan, siap beri sumbangan peribadi. Tiba-tiba aku yang kena kutuk? Kenapa aku? Aku buat apa yang terbaik. Tak langgar apa-apa. Hadir atas surat rasmi jemputan,” tambahnya.



Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik.

JPN berkata pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya didapati pentadbir sekolah melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sebelum ini, Faiz hadir ke sebuah sekolah di Kedah untuk merasmikan majlis akademik. Bagaimanapun, kehadirannya mendapat pelbagai respon dan tercetus perdebatan warganet dalam media sosial.
 

Must-Watch Video

Advertisement