Skip to main content

Hiburan

The Fabulous Cat Hidup Kembali Lepas 9 Tahun Menyepi, Cat Farish Serah Pada Alyah Untuk ‘Next Plan’ - “Idea Ini Datang…”

cat Farish

Sekilas

  • Cat Farish mendedahkan idea untuk menghidupkan kembali The Fabulous Cat datang daripada Datin Alyah yang juga bekas anggota kumpulan tersebut.
  • Kumpulan ini merancang membuat persembahan di acara kecil sebelum kembali dengan konsert berskala besar untuk kekal relevan dalam industri.
  • The Fabulous Cat aktif dari 2006 hingga 2015 dengan lagu popular seperti Rimas, Lari, dan Cinta Kosmik, dan kini kembali untuk mengimbau kenangan peminat lama.

Penyanyi Cat Farish mendedahkan idea untuk menghidupkan kembali  The Fabulous Cat datang daripada penyanyi Datin Alyah yang juga bekas anggota kumpulan. 

 

Ramai peminat meminta untuk membuat ‘comeback’, Cat Farish, 51, berkata dia menyerahkan segala perancangan melibatkan kumpulan tersebut pada Alyah. 

 

"Dari ramai-ramai bekas ahli, idea ini datang daripada Datin Alyah dan ia macam magik. Dia terus bentangkan perancangan untuk The Fabulous Cat.

 

"Jadi sekarang kami serahkan kepada Datin Alyah, saya pun fikir umur sudah meningkat bila lagi nak all out. Peminat pun ramai yang minta kami buat comeback," katanya kepada Gempak.

 

Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran produk Ameera Beauty yang diadakan di Hotel Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

 

Menurut Cat, kewujudan semula The Fabulous Cat bertujuan mengimbau kenangan peminat lama yang pernah membesar bersama lagu-lagu mereka.

 

"Kami wujudkan semula kumpulan ini pun untuk mengimbau kembali kawan-kawan yang lama dulu yang sokong, dulu sekolah sekarang sudah berkerja dan berumur.

 

"Selama ini pun ada yang tidak tahu Datin Alyah salah seorang ahli Fabulous Cat, kebanyakkan kenal Zizi Kirana atau Farhana saja," ujarnya.

 

Dalam pada masa, Cat memberitahu kemunculan kumpulan yang sudah lama menyepi ini juga peluang untuk dirinya kekal relevan dalam industri.

 

Malah buat masa ini, mereka merancang membuat persembahan di acara kecil sebelum kembali dengan konsert berskala besar.

 

"Kami kalau boleh sebelum adakan konsert nak berlatih menjadi serasi semula dengan lakukan majlis perkahwinan dan mana-mana anugerah.

 

"Nak beritahu orang ramai tentang kemunculan semula kami, tak nak terlalu singkat adakan konsert nanti takut tiada promosi atau apa.

 

"Baru-baru ini, kami ada buat persembahan di majlis perivasi dan Alhamdulillah orang suka. Setakat ini saja sudah ada enam persembahan yang memanggil kami," luahnya.

 

Selain Cat dan Alyah, The Fabulous Cats turut dianggotai Hairool, Afif, Adeep, Ellie, dan DJ Sumo.

 

Kumpulan ini aktif dari 2006 hingga 2015 dengan deretan lagu popular seperti Rimas, Lari, Bawa Ku Terbang, Cinta Kosmik dan banyak lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Must-Watch Video

Advertisement